Ibu Tiri Arwah Siti Sarah Nafi Dakwaan Shuib Nampak Segan Bila Bergambar Bersama – ‘Kami Saling Menghormati’

![|650x677](upload://mRUeZtrD1bEEReTdcoGTjFNKi1F.png)

Ibu tiri Allahyarham Siti Sarah, Siti Fatimah Suberi meluahkan rasa terkejut apabila mendapat mesej daripada seorang individu yang mengatakan bahawa menantunya, Shuib kelihatan seperti segan apabila bergambar bersamanya.

Ditegur kerana Shuib nampak malu bila bergambar

![|650x598](upload://bb9GwE3dpDs0Kp5FmnAZd32hJsl.png)

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Siti Fatimah atau lebih dikenali sebagai Makder memuat naik satu hantaran berhubung seorang individu yang tidak dikenali menegur hubungan kekeluargaan mereka kerana Shuib kelihatan seperti segan setiap kali bersamanya.

Assalam Makder. Ada sesuatu nak kongsikan sebab saya tengok story Makder sebelum ini, saya tengok Shuib macam segan sikit dengan Makder, semoga bermanfaat.

Walau bagaimanapun, ibu tiri kepada Allahyarham Siti Sarah ini menjelaskan bahawa tiada istilah segan kerana mereka merupakan keluarga  serta saling menghormati antara satu sama lain.

Hmm terkejut saya baca Dm ni. Tak wujud istilah menantu tiri ke, menantu kandung ke, menantu betul ke, menantu tipu ke, Shuib adalah keluarga saya.

Mungkin apa yang orang nampak orang ingat Shuib segan dengan saya tapi sebenarnya kami saling menghormati.

Ujarnya lagi, anak-anak Shuib adalahnya cucunya juga yang telah menjaga mereka sejak lahir hingga sekarang. Dalam pada itu, dia turut berkongsi detik pertama Sarah bertemu dengan Shuib pada 12 tahun yang lalu.

Lagi pun masa arwah Sarah dating dengan Shuib lebih kurang 12 tahun lepas, saya ada masa tu temankan arwah. Bukan malu bukan segan tapi hormat.

Saya minta doa baik-baik semua pihak untuk keluarga kami. Amin InsyaAllah. Semoga doa yang baik juga berbalik kepada korang semua. Aamin.

Di Instagram :

![|650x803](upload://78esscFUBxMVKeO6t4YZEXGzZtg.png)

Sumber : suciuwais


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/ibu-tiri-arwah-siti-sarah-nafi-dakwaan-shuib-nampak-segan-bila-bergambar-bersama-kami-saling-menghormati