Ibu Tak Disaran Ambil Asid Folik Ketika Hamil 20 Tahun Lepas, Gadis Hidap Spina Bifida Menang Saman Terhadap Doktor

![|650x362](upload://dfYcjI410TnhVhgXsRll8DUIFsV.jpeg)

Foto: Mirror

Di London, seorang gadis berusia 20 tahun ‘menang besar’ selepas memenangi tuntutan saman bernilai jutaan pound terhadap seorang doktor yang menasihati ibunya. Difahamkan, saman tersebut dibuat berikutan tindakan doktor tersebut yang dipercayai membenarkan proses kelahiranya berlaku.

Derita penyakit spina bifida

![|650x379](upload://zw97UMu7tGEwXSmV0zWAbIkiJMY.png)

Memetik laporan antarabangsa, gadis dikenali sebagai Evie Toombes dipercayai menghidap penyakit spina bifida (kecacatan tulang belakang) terpaksa menjalani rutian harian dengan bergantung hidup terhadap saluran tiub. Difahamkan, tulang belakang dan saraf tunjang gadis ini gagal berkembang sejak berada di dalam kandungan ibunya lagi.

Doktor yang menasihati ibunya dikatakan tidak memberikan nasihat supaya mengambil suplemen tambahan iaitu asid folik dan suplemen tersebut dipercayai boleh menghalang kecacatan kepada gadis ini. Gadis ini mendakwa doktor yang bertugas, Dr. Philip Mitchell gagal memberikan nasihat yang betul kepada ibunya ketika hamil.

Ketika sesi perbicaraan berlangsung di Mahkamah Tinggi London, Hakim Rosalind Coe QC memutuskan ibu plaintif sepatutnya menerima nasihat yang betul supaya menangguhkan percubaan untuk mengandung.

Dalam keadaan itu, anak yang dilahirkan sepatutnya sihat dan normal seperti bayi lain.

Jumlah ganti rugi sebenar belum diputuskan

![|650x363](upload://nh4P6UuADpMJUHD0HNKFPFbjV7m.png)

Ujar peguam kepada gadis ini, jumlah ganti rugi sebenar masih belum diputuskan namun besar kemungkinan ia merupakan jumlah yang besar berikutan plaintif terpaksa menampung kos keperluan penjagaan sepanjang hidupnya. Ibu kepada gadis ini mendedahkan kepada mahkamah sekiranya doktor yang bertugas menasihatinya dengan betul sudah pasti dia akan menangguhkan hasratnya untuk mengandung terlebih dahulu.

Saya dinasihatkan jika saya mempunyai diet yang baik sebelum ini, saya tidak perlu mengambil asid folik.

Untuk rekod, walaupun hidup serba kekurangan gadis muda ini berjaya sebagai atlet dalam acara sukan lompat kuda dan pernah memenangi Anugerah Orang Muda Inspirasi di acara amal Well Child pada 2018, serta muncul dalam rancangan ITV Hidden Disabilities: What’s The Truth?

Sumber: Mirror


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/ibu-tak-disaran-ambil-folid-asik-ketika-hamil-20-tahun-lepas-gadis-hidap-spina-bifida-menang-saman-terhadap-doktor