Ibu Saksi Anak 8 Tahun Dirogol Bekas Suami Di Depan Mata, Dipaksa Makan Pil Kuda – ‘Turut Dirogol Bapa Saudara’

![|650x385](upload://cNf6JHfDzJ8KP88XU9XN3QCKOpo.jpeg)

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dipercayai dirogol dan diliwat oleh bapa tiri dan bapa saudaranya di sebuah rumah di Pasir Puteh, Kelantan pada 14 Disember lalu.

Paksa mangsa makan pil kuda

![|650x441](upload://yr82IrhKpfW9MWmnS0zIwnzgqHD.jpeg)

Memetik laporan Harian Metro, ibu mangsa berdepan detik hitam apabila menyaksikan anak perempuannya dirogol oleh bekas suami. Menurut sumber, bekas suami wanita ini yang juga merupakan bapa tiri mangsa dikatakan telah memaksa kanak-kanak malang itu memakan pil kuda sebelum merogolnya. Menurut Ketua Polis Kelantan iaitu Datuk Shafien Mamat, ibu mangsa tidak mampu berbuat apa-apa kerana bimbang dipukul oleh suspek.

Pada hari sama, kanak-kanak itu turut dirogol seorang lagi suspek iaitu bapa saudaranya.

Selepas kejadian itu, wanita terbabit bersama anaknya dipercayai telah melarikan diri sebelum melaporkan kepada pihak polis. Difahamkan, wanita itu juga cuba menghubungi beberapa pihak badan bukan kerajaan (NGO) di Facebook untuk mendapatkan bantuan.

Mangsa dirogol dan diliwat

![|650x433](upload://7i1vZBp5qEuUQM85CXjXeauiVns.jpeg)

Berikutan daripada maklumat yang diterima, polis akhirnya berjaya menahan kedua-dua suspek yang berusia 39 dan 46 tahun. Kedua-dua suspek telah ditahan reman bermula 18 hingga 24 Disember dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, 377C Kanun Keseksaan, 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak dan 14(b) AKSTK.

Pihak polis menangkap kedua mereka bagi membantu siasatan dan hasil ujian air kencing mendapati mereka positif methamphetamine.

Sementara itu, mangsa telah dihantar Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu dan hasil pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu bukan sahaja dirogol tetapi turut diliwat.

Sumber: Harian Metro


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/ibu-saksi-anak-8-tahun-dirogol-bekas-suami-di-depan-mata-dipaksa-makan-pil-kuda-turut-dirogol-bapa-saudara