Ibu Ayah Positif Covid-19 Sebak Anak Sanggup ‘Drive’ Dari Jauh Datang Melawat, Hadiahkan Cincin Emas

![|650x308](upload://wTJ1HaiAbcu5aE1MllFmkb99rLb.jpeg)

Umum tahu, peningkatan kes Covid-19 di negara kita masih berada di paras yang membimbangkan. Perkara tersebut membuatkan rakyat Malaysia bimbang jika ada ahli keluarga mereka dijangkiti wabak berkenaan terutamanya golongan warga emas yang berisiko tinggi.

Ibu & ayah tiri positif Covid-19

![|650x308](upload://muUvogUK0datU2xDJnVz9qf6ZGJ.jpeg)

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Yunieyiluniey di TikTok, mengakui hatinya luluh apabila mendapat tahu bahawa ibu serta ayah tirinya disahkan positif Covid-19.

Susulan daripada itu, wanita berkenaan yang tinggal di Kota Bharu membuat keputusan untuk melawat ibu bapanya yang sedang kuarantin di rumah mereka di Gua Musang, Kelantan. Difahamkan, dia mengambil masa selama lapan jam bagi perjalanan pergi dan balik ke Gua Musang.

Saya drive dari Kota Bharu ke Gua Musang untuk happy kan dorang ni baru tak dapat sentuh kat dunia. Drive 8 jam pergi dan balik semata-mata nak jenguk mak ayah positif Covid-19.

Yuniey memberitahu bahawa kononnya ada penghantar yang ingin menghantar barang ke rumah ibu bapanya. Namun, rupa-rupanya dia pulang ke rumah untuk membuat kejutan dengan memberikan bekalan makanan, sejumlah wang tunai dan sebentuk cincin emas dengan harapan pemberian itu dapat menggembirakan hati mereka.

Lebih sebak lagi apabila mereka hanya dapat berjumpa dan melepaskan rindu di pagar rumah sahaja. Bahkan, ayah tirinya mengatakan bahawa hadiah-hadiah berkenaan tidak penting kerana dia hanya ingin memeluk anak-anaknya sahaja ketika diuji dengan dugaan seberat ini.

Tolong doakan mami dan dedi saya. Saya dah tak ada orang lain walaupun itu ayah tiri tapi dia sayang saya. Dia tak pernah anggap saya anak tiri. Dari Kota Bharu ke Gua Musang puluhan ribu habis pun tak dapat saya balas jasa mereka.

‘Ya Allah aku tak kuat’

@yunieyiluniey.vibesawk semua tolong doakan mami dan dedi sy sy dah xde org lain walaupun itu dedi tiri tapi syg dia . dia xpernah anggap sy ank tiri ???? dari kb ke gua musang puluhan ribu habis pon xdpt sy balas jasa mereka? original sound – yunieyiluniey.VIBES

@yunieyiluniey.vibes ya allah aku xtak kuat ????? ini baru dunia #fyp??viral ? Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Sumber : yunieyiluniey.vibes


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/ibu-ayah-positif-covid-19-sebak-anak-sanggup-drive-dari-jauh-datang-melawat-hadiahkan-cincin-emas