Hilang Hampir Seminggu, Kanak-Kanak Lelaki Dipercayai Dibunuh & Mayat Dibuang Di Muara Tebas

![|650x385](upload://hfLUqkEkRiBDHmdTfetYP7BdneE.png)

Hilang sejak hari Isnin yang lalu, seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Eric Chang Wei Jie dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke Sungai Sarawak di Muara Tebas.

Tahanan reman diteruskan

![|650x853](upload://oD2qdTqJMIlGWZK6ZdqloBtwMcO.png)

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah dalam kenyataannya semalam, polis mengklasifikasikan semula kes itu daripada Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Tambah beliau, ia berikutan penahanan dua suspek utama iaitu penjaga kanak-kanak terbabit di Jalan Daya Bintawa. Berikutan daripada itu, tahanan reman diteruskan bagi siasatan lanjut.

Hari ini, usaha pencarian mangsa difokuskan di sekitar perairan Muara Tebas dengan bantuan Polis Marin Wilayah 5 Sarawak, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini memandangkan ia masih dalam siasatan.

Pada 7 Mac lalu, ibu Eric, Dynasty Chang Ka Hui telah membuat laporan polis di Balai Polis Bintawa berhubung kehilangan anak lelakinya itu pada 9.15 pagi. Pengasuh kanak-kanak itu yang juga salah seorang suspek menghubungi ibu mangsa dan mendakwa kanak-kanak itu hilang di sekitar Bintawa Village.

Sumber: Harian Metro


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/hilang-hampir-seminggu-kanak-kanak-lelaki-dipercayai-dibunuh-mayat-dibuang-di-muara-tebas