Hati Tak Tenteram Kerana Banjir, Ahmad Faizal Terus Beli Tiket ‘Flight’ Pulang Ke Tanah Air

![|650x412](upload://v1s7bWX05uWiwT8xR8iTUqyeTZx.jpeg)

Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu yang didakwa ‘hilang’ ketika banjir melanda beberapa buah negeri di Malaysia berkata dia hanya berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), selama 12 jam.

Mahu bertemu anak-anak

![|650x363](upload://sn5BO6PH4ZTrE4XvOaq5DozL3oB.jpeg)

Menerusi laporan Malaysiakini, Timbalan presiden Bersatu itu ingin bertemu anak-anaknya yang berada di United Kingdom (UK). Tambahnya, pertemuan tersebut dibuat di Dubai kerana terdapat kes Omicron yang tinggi di UK. Bagaimanapun, beliau memutuskan untuk pulang ke tanah air dengan kadar segera sebaik sahaja mendengar khabar buruk mengenai keadaan banjir di sini.

Memang saya ada mohon cuti dan bila diluluskan, saya ke Dubai pada hari Rabu lalu untuk bertemu anak-anak. Namun begitu, melihatkan kepada keadaan banjir yang melanda negara, hati saya jadi tak tenteram. Jadi, saya buat keputusan untuk beli tiket pulang hanya selepas kira-kira 12 jam berada di sana. Saya sempat duduk berbual seketika dengan anak-anak sebelum berlepas pulang pada pukul 8 pagi Khamis, sebelum arahan pulang dibuat perdana menteri.

Menurut laporan Malaysiakini juga, anggota parlimen Tambun, Perak itu kini menjalani kuarantin kendiri di ibu negara.

Mohon maaf

![|650x374](upload://95bg5F1d4TvxsXfE3QzozK70L0M.png)

Susulan daripada itu juga, Faizal berkata dia telah mengadakan mesyuarat maya bagi menggerakkan sukarelawan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membantu mangsa banjir.

Saya tahu saya penjawat awam, saya sedar kepentingan rakyat lebih didahulukan. Itu pengorbanan yang perlu dibuat. Saya minta maaf, saya mengaku ada banyak kelemahan. Walaupun saya menteri dan tidak sempurna tetapi tidak sampai tahap mahu menyisihkan rakyat. Saya faham semua penderitaan kerana saya juga pernah berada dalam situasi sukar. Tiada kerja dan sebagainya.

Sumber: Malaysiakini


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/hati-tak-tenteram-kerana-banjir-ahmad-faizal-terus-beli-tiket-flight-pulang-ke-tanah-air