Hanya Dibenarkan Jumpa Anak Lepas 48 Hari & Pelbagai Alasan Diberi, Tindakan ‘Kejam’ Pengasuh Terbongkar Bila

![|650x406](upload://gdXuh2LuhY6D8VsdGMplVDEvlu.jpeg)

Sekadar gambar hiasan

Kejadian kanak-kanak didera oleh pengasuh bukan satu perkara yang baharu dan acap kali berulang. Perkara tersebut secara tidak langsung membuatkan ibu bapa di luar sana berasa trauma untuk menghantar anak-anak mereka kepada pengasuh.

Artikel Berkaitan : [VIDEO] Viral Video Kanak-Kanak OKU Didera, Wanita Warganegara Asing Ditahan Polis – ‘Satu Tindakan Tak Masuk Akal…’

Artikel Berkaitan: Bayi Dipercayai Didera Di Tempat Asuhan, Hasil X-Ray Nampak Kesan Retak – ‘Video CCTV Banyak Hilang…’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sampai Mati Aku Tak Maafkan’ – Wanita Terkilan Anak Didera Pengasuh, Guna Botol Susu Dah ‘Berkerak’

Seperti kes yang berlaku di Skudai, Johor Bahru, dua beradik berusia enam dan 11 tahun didakwa menjadi mangsa dera pengasuh sendiri yang merupakan pasangan suami isteri.

Masih kanak-kanak dan bukan hamba

![|650x377](upload://nhnfyMwvTPjlegGeYaZnvyHnMIb.png)

Foto: Harian Metro

Menerusi laporan Harian Metro ibu kepada mangsa M Vikneswari, menyedari perbuatan tersebut selepas kedua-dua anaknya dihantar pulang pada Khamis yang lalu.

Mengapa mereka sanggup memperlakukan anak saya seperti ini sedangkan anak-anak saya masih kanak-kanak dan bukan hamba abdi. Luluh hati saya melihat keadaan anak-anak saya dengan kesan lebam, luka hampir di seluruh badan kecuali di kemaluan. Mereka menanggung kesakitan dan dalam keadaan lemah serta tidak bermaya seperti orang kebuluran.

Mengulas lebih lanjut, wanita ini menceritakan dia mengenali pengasuh berkenaan menerusi rakannya dan membayar upah sebanyak RM800 sebulan bagi menjaga anaknya sejak April lalu.

Suami saya sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu dan saya merupakan ibu tunggal serta bekerja sebagai pembantu restoran. Saya memang kerap menghubungi pengasuh bagi mengetahui perkembangan anak dan mereka menyatakan mereka sihat.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini saya tidak dibenarkan untuk menziarahi anak dan pengasuh memberi pelbagai alasan termasuk menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontrak rapat pesakit Covid-19. Saya bertambah bimbang apabila pengasuh menyatakan seorang daripada anak saya terkena air panas ketika tempoh kuarantin.

48 hari baru boleh jumpa

![|650x365](upload://a2ULuBT6pAZSovW7OgPFBqqH37v.jpeg)

Sekadar gambar hiasan

Wanita ini turut menceritakan dia dimaklumkan hanya dapat bertemu dengan anaknya selepas 48 hari. Susulan daripada itu, dia berkongsi ‘perihal’ tersebut kepada majikannya, P Anbarasu. Selepas membuat laporan polis, pengasuh tersebut bertindak memulangkan anaknya dengan menggunakan perkhidmatan e-hailing ke rumahnya.

Apa yang lebih mengejutkan, apabila kanak-kanak kecil ini mendakwa mereka telah dipukul, dicederakan dengan rotan, ditoreh pisau, disimbah air panas, dan dicucuh puntung rokok.

Anak saya kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana dikhuatiri akan mengalami jangkitan kuman kerana luka di hampir seluruh badan. Saya berdoa semoga anak-anak kembali sihat dan saya tidak rela berpisah dengan mereka lagi sekali gus akan memberi jagaan kepada mereka.

Diharap pihak polis mengambil tindakan sewajarnya atas pasangan suami isteri berkenaan.

Ujar Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar pihaknya mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut. Kini, tiga individu warga tempatan telah ditahan bagi membantu siasatan.

Kami masih menjalankan siasatan berhubung laporan berkenaan.

Sumber: Harian Metro


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/hanya-dibenarkan-jumpa-anak-lepas-48-jam-pelbagai-alasan-diberi-tindakan-kejam-pengasuh-terbongkar-bila