Handsomenya Oppa! Jom Baca 6 Fakta Menarik Tentang Pelakon Korea Kegilaan Wanita Ini

![|650x635](upload://8d5w3zaOx00GrEUSlqkAmnGlRnT.png)

Tak dinafikan drama dan filem Korea memang mendapat tempat dalam kalangan peminat di Malaysia. Drama dan filem dari Korea Selatan ini sering menyajikan jalan cerita yang menarik untuk penonton dan penampilan para pelakon yang berbakat serta sedap mata memandang.

Bagi penggemar drama dan filem Korea sudah pasti mengenali hero-hero tampan ini. Jom baca fakta menarik mengenai ‘oppa’ kegemaran korang ni!

1. Song Joong Ki tak urus akaun

![|650x428](upload://2LSxJ1vXaxeIepjxsuzIFBFbydB.jpeg)

Foto kredit : Soompi

Siapa tak kenal aktor kacak Korea ini iaitu Song Joong Ki. Walaupun sangat popular, dia dikatakan tidak menguruskan akaun media sosial kerana tidak mahir menggunakannnya. Dikatakan pihak syarikat pengurusan yang mengendalikan dan memuat naik gambar serta video untuk dirinya.

Sebelum ini, terdapat peminat yang bertanya bagaimana mereka hendak menghubunginya di media sosial. Joong Ki mengatakan mereka hanya menghantar mesej atau pertanyaan di akaun media sosial milik kawan baiknya iaitu Lee Kwang Soo.

2. Park Seo Joon boleh bercakap dalam bahasa Sepanyol

![|650x474](upload://wtTfnrWDILh6ltsWhdh0RFEg311.jpeg)

Foto kredit : Zula

Fakta menarik mengenai pelakon Park Seo Joon yang ramai tidak tahu adalah dia boleh berbahasa Sepanyol . Pelakon Fight For My Way ini telah menunjukkan kebolehannya berbahasa Sepanyol ketika dalam rancangan realiti, Youn’s Kitchen di mana sekumpulan selebriti Korea perlu pergi ke luar negara bagi mengendalikan restoran di sana.

Ketika musim kedua rancangan realiti itu, kumpulan Park Seo Joon telah membuka restoran sementara di Sepanyol dan dia berupaya berkomunikasi dengan pelanggan dengan menggunakan bahasa Sepanyol.

3. Gong Yoo takut zombie

![|650x531](upload://hiW2CHehb2vpz0FLfRIMl9fpZsP.jpeg)

Foto kredit : Marie Claire

Gong Yoo telah menempa nama di peringkat antarabangsa menerusi filem Train To Busan. Lebih menarik lagi filem berkenaan turut ditayangkan di Festival Filem Cannes.

Menurut Gong Yoo, lakonan hebatnya itu dibantu oleh rasa takutnya kepada zombie dan mengakui akan menjauhkan dirinya daripada para pelakon yang memainkan watak zombie walaupun mereka tidak menjalani penggambaran.

4. Hyun Bin pernah jalinkan hubungan dengan Song Hye Kyo

![|650x531](upload://dcbamfh2VffcBbJrKkpIrM6HVfm.jpeg)

Foto kredit : hyunbin_actor

Siapa tidak kenal dengan hero drama bersiri Crash Landing On You ini yang dikatakan sedang bercinta dengan heroinnya iaitu Son Ye Jin. Walau bagaimanapun, Hyun Bin pernah menjalinkan hubungan dengan bintang Song Hye Kyo setelah menjalani penggambaran drama Worlds Within.

Malangnya, mereka membuat keputusan untuk berputus setelah dua tahun bersama kerana mempunyai jadual yang bertentangan.

5. Ji Chang Wook boleh bertutur dalam bahasa Mandarin

![|650x472](upload://8u3HcopKaPRm0rEbpsEBCVpkTo0.png)

Foto kredit : jichangwook

Bintang filem Fabricated City iaitu Ji Chang Wook dikatakan boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dengan baik dan dia telah melancarkan mini albumnya yang bertajuk Be With You di mana dia menyanyikan tiga buah lagu dalam bahasa Mandarin. Dalam pada itu, Chang Wook juga telah muncul dalam drama bahasa cina terbaharu iaitu Mr Right.

Ji Chang Wook juga merupakan seorang anak yang berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya. Menerusi rancangan realiti Labourhood On Hire, Chang Wook mendedahkan bahawa ayahnya telah meninggal dunia ketika dia masih muda. Ketika membesar, dia melihat ibunya mengalami kesulitan dan disebabkan itu dia berusaha untuk berbakti kepada ibunya.

6. Cho Jung Seok tak ada akaun Instagram

![|650x545](upload://hJrTPaMxLYL7occFBnrp7tpGQa8.png)

Foto kredit : Cosmo

Cho Jung Seok telah menempa nama sebagai pelakon berbakat menerusi filem Architecture 101 dan kini semakin popular setelah berlakon dalam drama Hospital Playlist. Lakonannya yang cukup hebat sehingga meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton. Bukan itu sahaja, Jung Seok turut mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

Jung Seok tidak mempunyai akaun Instagram tetapi para peminat boleh mengikuti perkembangannya menerusi agensinya iaitu JAM Entertainment.

![|650x176](upload://wUy6cezAX8eCYYo9m8soAMvKzeV.png)

Dah tahu fakta menarik tentang ‘Oppa’, sekarang masanya untuk tonton filem Korea kegemaran korang di Tonton CINEMA. Terdapat banyak pilihan filem menarik untuk ditonton bersama keluarga antaranya Train To Busan, Midnight Runners, Exit, Battleship Island, Fabricated City, The Rampant dan banyak lagi.


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/handsomenya-oppa-jom-baca-6-fakta-menarik-tentang-pelakon-korea-kegilaan-wanita-ini