Guru Ziarah Anak Murid Baru Kematian Ibu Sebak Tengok Keadaan Rumah

Sumber: reezmell

Pemergian orang yang tersayang pasti membuatkan rasa sedih. Namun, dugaan itu tetap harus dilaluinya. Begitulah perkongsian seorang guru yang memuat naik sebuah rakaman video menziarahi anak muridnya yang baru sahaja kehilangan insan tersayang.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Padan Muka Ibu Dia Dah Meninggal’ – Anak Shuib Menangis, Sedih Diejek Kawan Sekolah

Cikgu kagum dengan semangat pelajar ke sekolah

Sumber: reezmell

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok itu, guru tersebut dimaklumkan yang anak muridnya bernama Aqila baru sahaja kehilangan ibunya yang pergi kerana kanser lidah.

Difahamkan, pelajar tahun 1 yang mempunyai lima adik beradik itu tinggal bersama ibunya di sebuah rumah flat yang ditinggalkan di Pandamaran, Klang tanpa bayaran sehingga Allahyarhamah meninggal dunia.

Aqila murid yang sangat kuat walau baru darjah 1..ibunya meninggal kanser lidah.. doakan dia kuat ye sahabat.

Apa yang membuatkan para guru yang hadir ke rumahnya sebak adalah keadaan tempat berkenaan yang dipenuhi dengan sampah sarap.

Dalam rakaman yang berdurasi 24 saat itu, dapat dilihat sampah berselerakan sehingga lantai bangunan tersebut basah kesan daripada air sampah yang dibuang. Kondisi di dalam rumah juga agak daif memandangkan pelajar tersebut dalam golongan kurang berkemampuan.

Walau bagaimanapun, usaha untuk bertemu dengan Aqila tidak kesampaian kerana dia kini tinggal bersama ibu saudaranya buat sementara waktu.

Semangatnya untuk belajar, cikgu-cikgu kagumi.

Qila, teacher harap awak kuat dan berjaya satu hari nanti. Jagakan mereka Ya Allah.

Di akhir video tersebut, guru tersebut telah mengagumi kanak-kanak berkenaan kerana tetap bersemangat untuk ke sekolah walaupun diuji dengan kehidupan yang kurang sempurna serta kesihatan ibunya sebelum ini.

Video penuh

@reezmell Aqila murid yg sgt kuat walau baru darjah 1..ibunya meninggal kanser lidah.. doakan dia kuat ye sahabat TT?? #anakkuat #ketabahanseoranganak #tiktok #fyp #berandatiktok #masukberandafyp #tiktokmalaysia ? bunyi asal – Pijah Mohamad – Finaz??

Terima kasih cikgu-cikgu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa simpati terhadap adik Aqila setelah melihat kondisi rumahnya. Ada juga yang turut kagum dengan pelajar tersebut yang masih mahu ke sekolah biarpun menghadapi masalah.

Sumber: reezmell


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/guru-ziarah-anak-murid-baru-kematian-ibu-sebak-tengok-keadaan-rumah