Guru Agama Durjana, Rogol Pelajar Kena Tangkap Buat Seks

![|650x382](upload://43u35fjAbhHMTm2RxSjsYUNKnoo.jpeg)

Sekadar gambar hiasan

Harapkan pegar, pegar makan pagi!

Seorang guru mengajar mata pelajaran agama di sekolah rendah di Daerah Waesama, Indonesia dikenakan hukuman penjara susulan didakwa merogol seorang remaja berusia 18 tahun.

Artikel Berkaitan: 8 Beradik Trauma Jadi Mangsa Cabul Ayah Sendiri, Emak Ugut Bunuh Diri Kalau ‘Report’ Polis – ‘Waktu Tu Sangat Gelap…’

Artikel Berkaitan: Doktor Tergamam Pelajar Perempuan Mengaku Dirogol Bapa Kandung Tapi Lagi ‘Geram’ Bila Ibu Sendiri…

Artikel Berkaitan: Kenapa Uncle Tonyoh Muka Kakak Dekat…’ – Ibu Tergamam Anak Jadi Mangsa Kerakusan Kawan Baik Suami

Tertuduh dikenali sebagai LOS, pada mulanya menangkap mangsa bersama teman lelakinya yang sedang melakukan hubungan seks di pantai belakang rumah mereka.

Ustaz sambung buat ‘projek’

![|650x441](upload://p6gVcR8JvDZfudVlllAnGgfLU7s.jpeg)

Sekadar gambar hiasan

Ujar Bahagian Perhubungan Awam Bahagian Paur Polis Pulau Buru, Aipda MYS Djamaludin menerusi laporan Tribun News, kejadian rogol tersebut berlaku pada hari Jumaat (19/11/2021). Ketika kejadian teman lelaki kepada mangsa, LRO yang panik dikatakan melarikan diri terlebih dahulu meninggalkan mangsa seorang diri tanpa sempat memakai seluar.

Susulan daripada itu, mangsa (WAW) telah ditangkap oleh tertuduh yang bertindak memegang tangannya. LOS didakwa mengambil kesempatan kepada gadis itu dan bertindak merogolnya walaupun mangsa berkeras menolaknya. Bukan itu sahaja, LOS juga dikatakan mengugut gadis itu untuk melaporkan kepada ibu bapanya dan ketua kampung atas apa yang telah terjadi.

Pelaku mengugut akan melaporkan perbuatan mangsa kepada ibu bapa dan ketua kampung jika mangsa tidak melayan pelaku untuk melakukan hubungan seks.

Ugut nak beritahu ibu bapa

![|650x430](upload://98W0AfLEhzR81BYepCOyOnZgv2s.png)

Sekadar gambar hiasan

Selepas insiden terkutuk itu, LOS mengarahkan WAW untuk pulang ke rumah. Mangsa pada mulanya hanya mendiamkan diri dan tidak menceritakan kepada sesiapa sebelum mengambil keputusan untuk membuat laporan polis pada Isnin (29/11/2021).

Susulan daripada laporan tersebut, pihak polis telah menahan LOS yang ketika itu berada di rumahnya di Desa Simi, Waisama pada Rabu (12/1/2021).

Sumber: Tribun News


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/guru-agama-durjana-rogol-pelajar-kena-tangkap-buat-seks