Guna 18 Belon Ikat Pada ‘Veil’, Pereka Busana Jadikan Majlis Kahwin Mas Idayu Sebagai ‘Wedding Of The Year’

Penyanyi dangdut Mas Idayu menjadi artis pertama yang mengenakan veil terapung ketika mengenakan busana perkahwinan pada majlis resepsi, malam semalam.

Artikel berkaitan : Mas Idayu Kini Milik Muhamad Sufian Isa

Nak jadikan ‘wedding of the year’

Menurut perancang perkahwinan yang merupakan pereka busana, Anas Abdullah, dia menggunakan 18 belon untuk menerbangkan veil berkenaan dan mengambil masa tiga hari untuk sesi latihan.

Bila Mummy (Mas Idayu) nak kahwin, saya bincang dengan dia nak buat sesuatu yang luar biasa dan lain daripada yang lain. Jadi, apa kita bincang adalah ‘veil’ terapung pertama di Malaysia. Hari ini terbukti, ‘veil’ pertama terapung ini berjaya dipakai oleh Mas Idayu.

Keseluruhan ada 18 belon dengan panjang ‘veil’ 15 kaki. Selama tiga hari kami buat latihan dan percubaan untuk menerbangkan ‘veil’ ini. Alhamdulillah, malam semalam berhasil.

Dalam pada itu, dia turut mengakui berasa penat, namun berbaloi apabila melihat Mas Idayu memakai veil berkenaan. Difahamkan, kos busana yang digayakan oleh penyanyi berusia 50 tahun itu dan suaminya, Sufian Che Isa berharga RM12,000.

Dua tahun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak ada majlis perkahwinan yang ‘wedding of the year’. Jadi, bila Mummy nak kahwin kami memang sasarkan majlis ‘wedding of the year’.

Apabila kami bagi pendapat, dia terima. Dia juga berikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk menguruskan semua majlis. Alhamdulillah, inilah hasilnya.

Terdahulu, Mas Idayu sah menjadi isteri kepada Penerbit Eksekutif TV3 dengan sekali lafaz dengan mas kahwin sebanyak RM1001. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan.

Sumber : Harian Metro


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/guna-18-belon-ikat-pada-veil-pereka-busana-jadikan-majlis-kahwin-mas-idayu-sebagai-wedding-of-the-year