Golongan Maiesiofilia ‘Curi’ Gambar Ibu Hamil, Orang Ramai Gesa Report Akaun Jijik

![|650x400](upload://eOrsvNZqRc6OkC0sL4lPirXhQ9s.jpeg)

Sebelum ini, kita sering dengar ‘pedofilia’ iaitu golongan penjenayah yang kemaruk melakukan gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

Tetapi tahu tak apa itu ‘maiesiofiliac’? Sekadar info, ‘maiesiofilia’ adalah satu gangguan psikologi yang dialami oleh individu dewasa yang tertarik dan bernafsu dengan wanita mengandung.

Jadi ‘lubuk’ gambar wanita hamil

![|650x949](upload://iGbAKR0VcJY38Kf2ewKJmZRAy9P.jpeg)

Baru-baru ini, media sosial kecoh apabila terbongkar kewujudan akaun Facebook yang memaparkan foto-foto candid ibu hamil.

Menggunakan nama Koleksi Mak Buyung Malaysia, akaun itu diletakkan dalam mod privasi dan sehingga artikel ini ditulis sudah mempunyai 6,600 pengikut.

Hantaran di akaun itu juga dipenuhi dengan komen-komen lucah daripada individu yang tidak bermoral.

Sementara itu, seorang pengguna Twitter @ant33ater turut memuat naik beberapa tangkapan skrin (screenshot) supaya dapat memberi kesedaran serta lebih berhati-hati.

Golongan wanita risau

![|650x1156](upload://gRekiobRJq0nASb0rrXW1pGRLmH.jpeg)

![|650x1117](upload://t1aK9i82bKu6NkQDFORmM4o4Kcq.jpeg)

Di ruangan komen, warganet meluahkan rasa risau dengan kewujudan akaun jijik itu. Justeru, rata-ratanya menggesa agar akaun tersebut dilaporkan kerana telah mengundang ancaman terutama kepada wanita sedang mengandung.

@bbbbbbbbibbb: Nampak hantaran ini di Facebook pagi tadi. Dan beberapa komen makcik bawang berkata, tu la pakai baju ketat-ketat. Baby bumps tu aurat kena tutup.

@@chikakudo__: Ya Allah susahnya jadi perempuan kat sini.

@SueVmc: Omg! Gila la fettish group ini. Saya pun tengah mengandung, ish risau pula. Takut ada yang illegal candid picture huhu.

@nnurhusnaaa: Serius talk lelaki Facebook ni sangat selekeh bila dah menggatal.

Sumber: Twitter @ant33ater, Facebook Koleksi Mak Buyung Malaysia


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/golongan-maiesiofilia-curi-gambar-ibu-hamil-orang-ramai-gesa-report-akaun-jijik