Gigih Photoshoot Dalam Laut Pakai Gaun, Pengantin Terkejut Hasilnya Tak Seperti Yang Dibayangkan!

![|650x308](upload://nWu659BsvjrGqAZNa5Y9IOY8kw.jpeg)

Mengabadikan foto perkahwinan sebagai kenangan terindah adalah impian setiap pasangan yang bergelar raja sehari. Kebiasaannya sesi fotografi diadakan di kawasan yang berlatar belakangkan pemandangan yang indah seperti di taman bunga, pantai dan kawasan peranginan. Namun, bagi wanita ini dia memilih dasar laut sebab lokasi photoshoot! Mantap kak!

Photoshoot dalam laut

![|650x308](upload://u5TWQO3E5T1A6x5mJUzA2zeQOlq.jpeg)

Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh Eyra Fadz di TikTok, wanita berkenaan dilihat memakai gaun pengantin berona putih sambil menggayakan pelbagai aksi hanya demi gambar yang menarik serta lain daripada yang lain

Difahamkan, ini merupakan kali pertama dia membuat photoshoot di dalam laut dan bertahan dengan menyedut oksigen daripada tangki oksigen penyelam.

Semput pengantin mermaid tahan nafas dan posing dalam laut. First time kena buat photoshoot underwater cuma pakai air support je. Risau betul. Itu jela posing yang paling okay.

Alhamdulillah support ada tak biarkan akak lemas. Akak cuma lemas dengan bayangan kena bebel dengan suami akak je.

Walau bagaimanapun, wanita berkenaan mengakui bahawa hasil photoshoot tersebut tidak seperti yang dijangkakan olehnya. Lebih teruk lagi apabila kualiti gambar-gambar itu tidak memuaskan kerana air laut kurang jernih. Malah, kebanyakan posing yang diharapkan ‘cantik’ bertukar sebaliknya. Namun dia tetap berpuas hati dengan photoshoot tersebut.

Akak tengok pun menangis. Dah macam sotong pun ada.

‘Semput pengantin mermaid’

@eyrafadz Semput pengantin mermaid tahan nafas & posing dalam laut ?? #weddingtiktok #shouldbeme #fyp? #mermaid ? bunyi asal – ?????? ( C??K )

@eyrafadz Reply to @rawaidaaaa first time kene buat fotoshoot underwater just pakai air support je. ghisauu sis. Itu jela posing yg paling ok ???? #mermaid ? umbrella slowed – xxtristanxo

‘Pengantin sotong’

@eyrafadz Reply to @s4dlina ? Pargoy TikTok – ???????

@eyrafadz Reply to @lynqvx alhamdulillah support ade tak biarkan akak lemas dik.Akak cume lemas dgn bayangan kene bebel dengan suami akak jee ??#ytjt #diving ? DJ Morena – ?Ledis boz?

Sumber : eyrafadz


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/gigih-photoshoot-dalam-laut-pakai-gaun-pengantin-terkejut-hasilnya-tak-seperti-yang-dibayangkan