Geram Dengan Manusia Pengotor Masa ‘Hiking’, Keith Foo; ‘Siapa Yang Buang Sampah Hidup Dia Macam Sampah’

![|650x400](upload://z0qVSWyvkZt8oiucPlfstPxtkhi.jpeg)

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara berkuatkuasa 10 September. Susulan itu, rakyat Malaysia ratanya memilih untuk beriadah dengan melakukan aktiviti hiking.

Artikel Berkaitan: Sanggup Bersesak Mandi Air Terjun, Fynn Jamal Tanya Mana ‘Common Sense’ – ‘Kalau Kena PKP Balik Tau Pula Mengamuk’

Hidup macam sampah

@keithfoox##keithfoo ##hiking ##nature ##lovepeacepositivity ##kualalumpur ##forest? original sound – Keith Foo X Official

Namun, ada segelintir yang tidak bertanggungjawab apabila tidak menjaga kebersihan dengan membuang sampah merata-rata.

Sikap menjengkelkan ini turut dihadapi oleh pelakon Keith Foo yang turut sama melakukan aktiviti sihat itu di salah satu bukit di Kuala Lumpur.

Geram melihat sampah berterabur, pelakon berumur 38 tahun ini mengutip lalu dimasukkan ke dalam sebuah plastik.

People like idiot. Siapa yang buang sampah hidup dia macam sampah.

Lepas hiking, kita bersihkan hutan tercinta kita. Nature for all!

Ayat dia power

![|650x837](upload://koyoUykNsUSLvYC6Kv9XS39RBgj.jpeg)

![|650x721](upload://lTXoWH1ReqTPpZGVKDqhD1z7Lg8.jpeg)

Rata-rata wargamaya yang mengikuti akaun TikTok miliknya bersetuju dengan ‘ayat makan dalam’ dari pelakon drama Love You Mr. Arrogant.

Malah, ada pengunjung yang berkongsi pengalaman apabila melihat sendiri depan mata perangai manusia yang tidak ada sivik mengotorkan tempat awam.

Sehingga artikel ini ditulis, video itu sudah mendapat lebih 200,000 tontonan dan 400 komen.

 

Sumber: TikTok @keithfoox


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/geram-dengan-manusia-pengotor-masa-hiking-keith-foo-siapa-yang-buang-sampah-hidup-dia-macam-sampah