Erra Fazira Tak Kisah Jika Jodoh Seterusnya Bukan Orang Melayu

![|650x512](upload://kvHF4SxgO6jMRaAgDNslfvWUfq8.png)

Penyanyi dan pelakon, Erra Fazira mendedahkan bahawa dia tidak ada masalah untuk berkawan ataupun berkahwin dengan lelaki daripada bangsa lain.

Artikel berkaitan : Gosip Jadi Isteri Kedua Ahli Politik, Erra Fazira: ‘Tak Habis-Habis Cerita Pasal Kahwin!’

Artikel berkaitan : Erra Fazira Gembira Dapat Khatam Al-Quran, Akui Banyak Cabaran – ‘Setelah Bertahun Akhirnya’

Tak ada masalah kenal dengan lelaki bangsa lain

![|650x524](upload://52HIa1k9MKPiclkkC7Ihlpfrc9g.png)

Jelas pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek, sejak dari dulu hingga sekarang dia tidak pernah menolak jika jodohnya bukan dalam kalangan orang melayu. Dalam pada itu, Erra turut beranggapan bahawa individu yang berlainan bangsa ingin mendekatinya kerana mereka berminat untuk mendalami budaya yang berbeza.

Perhubungan yang terjalin dengan seseorang bukan Muslim boleh membuka ruang untuk mereka mendalami agama Islam dengan lebih dekat. Saya sentiasa alu-alukan walaupun jika jodoh yang datang bukan dalam kalangan orang Melayu. Saya anggap sesiapa pun bukan Muslim yang mahu mendekati saya adalah kerana mereka mahu mendalami agama Islam.

Pernah berkenalan dengan orang bukan Melayu

![|650x515](upload://1kmWEmW9klBPusuALDD8iCuk9mS.png)

Tambah Erra, sebelum ini dirinya pernah berkenalan dengan seseorang yang bukan daripada kalangan orang Melayu namun hubungan tersebut tidak sampai hingga ke fasa perkahwinan.

Berkenalan itu ada tapi tidak sampai ke fasa berkahwin.

Terdahulu, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan produser dan pengarah, Yusry Abdul Halim pada 2003. Walau bagaimanapun, Erra dan Yusry berpisah pada 2006. Kemudiannya, Erra bernikah dengan Engku Emran pada 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya, namun mereka berpisah pada 2014.

Sumber : Harian Metro


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/erra-fazira-tak-kisah-jika-jodoh-seterusnya-bukan-orang-melayu