Enggan Buat Ujian DNA Walaupun Muka Seiras, Artis Indonesia Ini ‘Terciduk’ Bila Mahkamah Sahkan Memang Anak Kandung

Foto: Thereal_rezkyadhitya

Tahun lalu tular sebuah kisah seorang artis lelaki dari negara jiran dikatakan mempunyai seorang anak lain di luar nikah. Agak merumitkan, apabila pelakon itu telah mendirikan rumah tangga bersama Citra Kirana pada tahun 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Artikel Berkaitan: Lepas 8 Tahun Baru Muncul! Wanita Dakwa Lahirkan Anak Luar Nikah Rezky Aditya, Tuntut Rumah, Kereta & Wang

Tuntut hak pengakuan

Foto: Denny Darko

Lebih mengejutkan, seorang wanita bernama Wenny Ariani tampil mendedahkan kepada umum pernah bersekedudukan dengan pelakon tersebut dan mempunyai zuriat bersama.

Sudah diputus. Alhamdulillah Hakim mengabulkan gugatan (tuntutan mahkamah) kami. Salah satu amar putusannya menyatakan anak dari Bu Wenny adalah anak biologis dari Rezky Aditya.

Individu tersebut juga bahawa dia yang membesarkan kanak-kanak itu sendirian dan kini nekad untuk menuntut hak pengakuan.

Kena buat ujian DNA kalau tak terima

Foto: Thereal_rezkyadhitya

Memetik laporan Liputan, difahamkan pihak Rezky menafikan pertuduhan tersebut disabitkan keatasnya.

Selebriti itu juga dikatakan menolak untuk melakukan ujian DNA bagi membuktikan pertalian ayah dan anak tersebut. Namun Pihak Pengadilan Tinggi Banten mengesahkan Rezky Aditya sebagai ayah kandung kepada Naira Kaemita Sasmita atau Kekey.

Oleh itu, jika pihak Rezky ingin menolak atau mencabar keputusan yang baru diputuskan itu, tiada cara selain perlu bersetuju untuk lakukan ujian DNA seperti yang diminta sebelum ini.

Sehingga kini, Rezky atau pasangannya masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu itu.

Sumber: Liputan


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/enggan-buat-ujian-dna-walaupun-muka-seiras-artis-indonesia-ini-terciduk-bila-mahkamah-sahkan-memang-anak-kandung