Doktor Terkejut Bayi Disahkan Meninggal Dunia Ketika Lahir Hidup Semula Sebelum Dikebumi

Foto: New York Post

Di Rio de Janeiro, Brazil seorang bayi lelaki mengejutkan ramai apabila dia didapati masih bernyawa, sedangkan pada mulanya sudah disahkan meninggal dunia dan dalam persiapan untuk dikebumikan.

Difahamkan, bayi pramatang itu dilahirkan tiga bulan lebih awal di sebuah kediaman di  Ariquemes, Rondonia pada 27 Disember tahun lalu.

Bayi disahkan meninggal dunia

Foto: New York Post

Menerusi laporan New York Post, ibu kepada bayi tersebut berusia 18 tahun dikatakan tidak mengetahui statusnya yang sedang hamil ketika itu. Ujar keluarga gadis ini, dia sudah pun berjumpa dengan doktor berikutan mengalami rasa sakit yang begitu teruk bagaimanapun, pihak hospital ketika itu memintanya untuk pulang.

Apa yang lebih mengerikan, gadis ini dipercayai melahirkan anaknya sendiri seberat satu kilogram tanpa sebarang bantuan perubatan lalu bergegas membawa anaknya ke hospital. Namun, doktor ketika itu mendakwa anaknya sudah meninggal dunia.

Pihak polis masih menyiasat kes

Sekadar gambar hiasan

Ketika kejadian seorang pengarah pengebumian telah dipanggil bagi mengambil bayi tersebut pada pukul 3 pagi. Namun, alangkah terkejutnya dia apabila menyedari mayat tersebut mengeluarkan bunyi ‘mengeluh’ dan jantungnya dipercayai masih berdegup.

Bayi tersebut telah dimasukkan di unit rawatan rapi (ICU) namun, tidak dapat dipastikan keadaannya sehingga kini serta pihak polis juga sedang menyiasat insiden ini.

Sumber: New York Post


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/doktor-terkejut-bayi-disahkan-meninggal-dunia-ketika-lahir-hidup-semula-sebelum-dikebumi