‘Doktor Masih Tak Dapat Penyelesaian’ – Amyra Rosli Jatuh Sakit Sampai Kaki Bengkak, Amar Baharin Minta Orang Ramai Kongsi Cara Rawatan

Pelakon Amar Baharin risau melihat keadaan kesihatan isteri tercinta, aktres Amyra Rosli yang tidak sihat.

Artikel Berkaitan: Demam Panas Sampai Suhu Badan 40 Darjah Celsius, Amyra Rosli Minta Petua Untuk Cepat Kebah

Sakit selepas positif

Menerusi hantaran di Instagram, Amar, 36, memberitahu Amyra mengalami sakit sendi, ada beberapa kesan lebam serta bahagian kaki menjadi bengkak.

Kata pemilik nama Amar Mohd Baharin, Amyra juga menghadapi masalah batuk tanpa henti sejak disahkan positif Covid-19 pada bulan lepas.

Isteri saya tak berapa sihat. Kaki ada kesan lebam-lebam. Sendi satu badan sakit. Kaki bengkak macam orang nak bersalin (saya rasa water retention).

Batuk tak berhenti. Semua ini jadi selepas positif Covid pada 6 Mac 2022.

Doktor tak tahu punca

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

Pelakon drama Kerana Terpaksa Aku Relakan menyatakan Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli sudah menjalani pemeriksaan doktor namun keputusan darah yang diterima adalah normal.

Dalam pada itu, bapa kepada dua cahaya mata ini memohon agar wargamaya yang pernah mengalami situasi sama sudi berkongsi cara rawatan.

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan agar Amyra cepat sembuh seperti biasa.

Terdahulu, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 2016. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 5, dan Ayra Aryssa, 2.

Sumber: Instagram @amarbaharin


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/doktor-masih-tak-dapat-penyelesaian-amyra-rosli-jatuh-sakit-sampai-kaki-bengkak-amar-baharin-minta-orang-ramai-kongsi-cara-rawatan