Dituduh Tidur Dengan Kekasih Ketika Bercuti, Janna Nick Enggan Layan Komen Netizen – ‘Kami Tak Pergi Berdua Malah Ada Keluarga’

![|650x400](upload://tJyDFaJ9OHr6xFNfYnUbjobDC97.jpeg)

Gara-gara memuat naik video bercuti di London pada bulan lalu bersama kekasih hati, pelakon Janna Nick dituduh tidur sebilik dengan Dini Schatzmann.

Artikel Berkaitan: Kongsi Video Mesra Dengan Dini Schatzmann, Netizen Suruh Janna Nick Cepat Kahwin – ‘Memang Sweet Tapi Haram’

Artikel Berkaitan: Janna Nick ‘Belanja’ Nikmat Makan Salji, Netizen Siap Suruh Buat Ais Batu Campur – ‘Patut Bawa Sirap Dengan Susu Cair!’

Malas layan komen mengarut

![|650x718](upload://rueo3NeLi7MdQ16zj7Cl452ivcr.jpeg)

Ketika ditemui OhBulan!, Janna, 27, menyatakan dia sedar dengan tuduhan yang dilemparkan netizen namun memilih untuk tidak melayan gosip tersebut.

Tegas pemilik nama Nurul Jannah Munir, dia kini mementingkan kesihatan mental daripada membalas komen tidak logik.

Saya ada melihat dan ternampak komen netizen namun memilih untuk mengutamakan kesihatan mental saya.

Oleh itu, saya tidak melayan komen-komen begitu. Cukuplah mereka yang perlu tahu kebenaran.

Janna ditemui ketika majlis pelancaran produk terbaharunya White Fluffy di De.Wan 1958, The Linc Kuala Lumpur pada Rabu.

Bukan berdua tapi ramai ada

![|650x860](upload://mQNq6wW2B6mzDeHsirWb4Z1nx0y.jpeg)

Dalam pada itu, pelakon drama Marry Me Senorita menjelaskan dia tidak berdua dengan Dini tetapi percutian itu turut disertai ahli keluarga, barisan pelakon telefilem arahannya serta krew produksi.

Percutian ke London turut disertakan dengan kerja serta penggambaran. Bukan kami berdua saja, malah ada ibu bapa, adik-beradik, barisan pelakon lain serta kru produksi.

Jadi dari situ sudah boleh tahu sama ada kami tidur sebilik atau tidak. Lihat situasi logik ke tidak nak tidur sebilik.

Terdahulu, video yang menayang kegembiraan bercuti bersama Dini di Instagram telah menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

Rata-ratanya mula bertanya sama ada Janna dan Dini tinggal di bilik berasingan selama bercuti di luar negara itu.

Untuk info, Janna dan Dini mula menjalin hubungan cinta sejak Jun 2019.


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/dituduh-tidur-dengan-kekasih-ketika-bercuti-janna-nick-enggan-layan-komen-netizen-kami-tak-pergi-berdua-malah-ada-keluarga