Dituduh Malu Nak Kongsi Foto Suami, Shima Anuar Bahagia Dengan Lelaki Berusia – ‘Tak Perlu Selalu Sangat Tunjuk Satu Dunia’

![|650x400](upload://uX7TFMUsFyHBCZRqqbny8LgJqjT.jpeg)

‘Kenapa Shima tak selalu kongsi gambar husband? Adakah sebab husband tua daripada Shima?’

Tindakan pelakon Shima Anuar yang jarang berkongsi foto suami di media sosial menjadi topik netizen sehinggakan menyuarakannya menerusi direct message (DM).

Saya tahu niat awak

![|650x761](upload://nKDcIg7DsVv3YVSKC7IGgrb2W8s.jpeg)

Menerusi Instagram Stories miliknya, Shima, 30, menyatakan dia tahu tujuan komen itu ditulis sekadar menarik perhatiannya untuk membalas.

Saya nak balas komen awak tapi dah tak jumpa komen itu. Tak tahu la awak padam ke apa. Tapi saya sempat screenshot.

Saya tahu niat awak hanya untuk dapatkan perhatian saya sebab itu awak cakap macam tu. Awak mahukannya? Awak dapat.

Tak ada kepentingan nak selalu kongsi

![|650x757](upload://fNTRwx9eTZoSHDIiIaR0sNSl5c5.jpeg)

Kata pemilik nama Noor Hashimah Anuar, dia tidak nampak keperluan untuk kerap berkongsi hal suami kepada umum. Tegasnya, dia bahagia bertemu jodoh dengan lelaki matang.

Untuk menjawab soalan itu, saya tak nampak kepentingan untuk saya selalu update hal peribadi di sosial media untuk promote suami saya.

Beritahu saya, untuk apa? Sebagai seorang isteri, saya bahagia dan bangga ada suami macam dia. Tapi bagi saya, semua tu tak perlu selalu sangat ditunjuk satu dunia.

Muak dengan perangai aneh manusia

![|650x1152](upload://5Qp9tIIKMsZkrhaBVbxTezA4FF9.jpeg)

Dalam pada itu, pelakon yang dikenali menerusi filem, Highland Tower mendedahkan dia mempunyai satu akaun peribadi untuk dia berkongsi apa yang diinginkan tanpa ragu-ragu.

Saya memang jarang aktif di sosial media sebab saya dah muak. Saya dah muak dengan perangai manusia yang pelik-pelik.

Ya, saya juga ada akaun peribadi di mana saya kongsi apa saya saja yang saya mahu tanpa risau dengan penilaian orang.

Untuk rekod, Shima berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohd Solih Toha, 54, pada 8 April 2017. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Imaan, 2.

Sumber: Instagram @shimaanuar


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/dituduh-malu-nak-kongsi-foto-suami-shima-anuar-bahagia-dengan-lelaki-berusia-tak-perlu-selalu-sangat-tunjuk-satu-dunia