Dituduh Curang Ketika Isteri Hamil, Adam Levine Nak Namakan Bayi Dengan Nama Perempuan Simpanan

Vokalis kumpulan Maroon 5, Adam Levine dituduh mempunyai hubungan sulit bersama seorang model dikenali sebagai Sumner Stroh selepas wanita berkenaan memuat naik mesej perbualan mereka di TikTok.

Adam Levine curang?

Menerusi video berkenaan, Stroh mengatakan bahawa minggu lalu isteri Adam mengesahkan bahawa dia sedang hamil anak ketiga. Bukan itu sahaja, Stroh turut mengakui mempunyai hubungan sulit bersama suami orang yang berkahwin dengan model Victoria Secret itu.

Saya ada screenshots beberapa mesej tersebut kepada rakan saya yang saya percaya tetap mereka telah menjualnya kepada pihak media.

Meskipun tidak dinyatakan tarikh, model berkenaan memuat naik tangkap layar mesejnya bersama Adam.

Awak (Stroh) begitu cantik dan 50 kali lebih cantik jika jumpa depan-depan dan begitu juga saya.

Dalam pada itu, Stroh menyatakan bahawa dia sudah tidak berhubung dengan penyanyi She Will Be Loved beberapa bulan sehingga menyebabkan Adam menghantar mesej di media sosial.

Okay, soalan serius. Saya akan mendapat anak lelaki dan saya ingin menamakan anak saya dengan nama Sumner. Awak okay tak dengan tu?

Walau bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis masih tiada sebarang kenyataan daripada pihak Adam.

Video pengakuan

@sumnerstroh embarrassed I was involved w a man with this utter lack of remorse and respect. #greenscreen ? original sound – Sumner Stroh

Sumber : intouchweekly, sumnerstroh


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/dituduh-curang-ketika-isteri-hamil-adam-levine-nak-namakan-bayi-dengan-nama-perempuan-simpanan