Ditanya Bagaimana Nak Tau Lelaki Itu Adalah Jodoh, Uyaina Arshad Dedah Dapat Petanda Dalam Mimpi – ‘Syahiran Datang Dan Pegang Cincin’

![|650x400](upload://2tgzeWYDvuhUNSqRNgS6I3Szt0K.jpeg)

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Raja Syahiran, 29, pada 21 Disember tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Pelamin Uyaina Arshad Hanyut Dibawa Banjir, Tiket Kapal Terbang Ke Eropah ‘Burn’ – ‘Kami Berdua Saling Ketawa Mengenangkan Pelbagai Drama’

Terima soalan jodoh

![|650x654](upload://i1syu8rWrfrIG0ePHHQNJGrSCo0.jpeg)

Membuka ruang kepada peminat untuk mengajukan soalan di Instagram Stories, Uyaina, 30, tertarik dengan pertanyaan bagaimana untuk mengetahui seorang lelaki itu calon yang tepat sebagai jodoh.

Akui Uyaina, dia pernah takut memikirkan mengenai perkahwinan sebelum ini selepas beberapa kali gagal dalam percintaan. Namun katanya, keikhlasan dan kesungguhan lelaki itu menjadi kayu ukuran dalam menentukan hala tuju hubungan.

Bagus soalan ni. Dulu, saya pun selalu tertanya solan yang sama. Saya sangat takut mengenai perkahwinan dan segala hal yang datang dengannya.

Macam mana kita nak tahu dia adalah yang tepat? Terutama kalau sebelum-sebelum ini, kita pernah lalui beberapa kegagalan dalam hubungan. Buat sahabat wanita saya, tengok keikhlasan dan kesungguhan lelaki itu.

Selain itu, jelasnya lagi, kedua pihak perlu berbincang tentang masa depan termasuklah soal kewangan dan tidak lupa untuk mendapatkan restu daripada ibu bapa.

Bincang mengenai perancangan masa depan, kestabilan kewangan, kemajuan karier, dan apa yang kamu berdua inginkan dalam perhubungan.

Gelombang pemikiran kamu sama atau tak? Banyak benda boleh sembang dan bincang selain ‘you sayang I’ tak. Kemudian, bincang dengan keluarga. Restu keluarga adalah segalanya. Dan istikharah. Istikharah dan istikharah lagi.

Petanda datang dalam mimpi

![|650x1138](upload://jSKDvintlkOULJH2lkdMK95tY0J.jpeg)

Dalam pada itu, pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad mendedahkan dia mendapat petanda jelas bahawa Raja Syahiran adalah jodohnya hanya menerusi mimpi.

Saya bersyukur sebab saya pernah dapat petanda dalam bentuk mimpi yang sangat jelas. Alhamdullilah. Dalam mimpi itu, Syahiran datang dan pegang cincin.

Itu sahaja. Tiada perbualan. Pendek sahaja mimpinya. Tapi cukup. Cukup untuk beri saya kekuatan untuk melangkah ke fasa yang seterusnya.

Terdahulu, pasangan selebriti ini mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program terbitan Astro dan majlis merisik telah berlangsung pada bulan Julai 2019.

Majlis merisik juga dilakukan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat Syahiran dan Uyaina.

Sumber: Instagram @uyainaarshad


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/ditanya-bagaimana-nak-tau-lelaki-itu-adalah-jodoh-uyaina-arshad-dedah-dapat-petanda-dalam-mimpi-syahiran-datang-dan-pegang-cincin