Disyaki Terlibat Dalam Aktiviti Pelacuran, Artis Terkenal Ditahan Polis Di Hotel Mewah

![|650x459](upload://odUkgCZ9jmkd8x3BnbqzGhWzDat.png)

Sekadar gambar hiasan

Seorang pelakon Indonesia telah ditahan di sebuah hotel mewah di Jakarta berikutan dipercayai terlibat dalam kes pelacuran. Berita tersebut secara tidak langsung menggemparkan dunia industri hiburan awal pagi semalam.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan siapakah individu tersebut berikutan pihak polis sama sekali tidak mendedahkan identiti sebenarnya.

Ditangkap pihak polis

![|650x362](upload://zBgdD3lBsTBC37qROmNJaG5pb4G.png)

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Tribun News, tangkapan tersebut dibuat berikutan laporan yang diterima oleh pihak polis daripada orang awam di salah sebuah hotel mewah di Jakarta.

Pada hujung tahun ini (2021), berdasarkan laporan komuniti, kami telah berjaya menahan seorang artis sinetron yang terlibat dalam kes pelacuran.

Mengulas lebih lanjut, penangkapan yang dibuat itu telah mengikut prosedur yang ditetapkan.

Untuk prosedur keselamatan, ia mengikut SOP yang ditetapkan. Bagi maklumat lanjut, kami akan segera sampaikan melalui sidang media dalam masa terdekat.

Sumber: Tribun News


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/disyaki-terlibat-dalam-aktiviti-pelacuran-artis-terkenal-ditahan-polis-di-hotel-mewah