‘Diserang’ Bekas Suami Gila Talak, Wanita Trauma Terpaksa Lapor Polis

Seorang wanita berdepan situasi cemas apabila bekas suaminya bertindak menyerangnya ketika dia berada di dalam kereta. Kisah berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok dikenali sebagai Ezan Galus.

Duda ‘serang’ bekas bini

Kisahnya bermula apabila wanita ini berdepan dengan situasi tegang di mana bekas suaminya itu bertindak menyerangnya ketika dia bersama seorang jejaka berada di dalam kereta.

Seperti cemburu buta dan tidak dapat menerima kenyataan bahawa bekas isterinya bersama lelaki lain, bekas suaminya itu kemudiannya mula naik angin dan menghalang lelaki terbabit untuk menutup pintu kereta.

Dudaku meroyak. Gila talak. Aku nak pergi dating kau ni sibuk lah.

Walaupun, mereka tidak melawan dengan kekasaran, namun kedengaran duda terbabit seperti mengeluarkan dialog provokasi yang berunsur salah menyalah serta bercakap mengenai pemilikan kereta.

Kau ni yang selama ni yang berubahkan isteri aku. Kau nak pergi mana? Kau nak tumbuk aku, tumbuk lah ingat aku takut. Kau tahu tak ni kereta siapa?

Difahamkan, wanita berkenaan sudah setahun bercerai dengan bekas suaminya itu, namun lelaki terbabit tidak dapat menerima kenyataan. Isu pemilikan kereta tersebut sebenarnya adalah miliknya dan bukan bekas suami.

Malah bekas suaminya itu cuba memasuki rumah beberapa kali sehingga dia terpaksa memanggil pihak polis untuk ‘menghalau’ lelaki tersebut.

Kenapa lah kau asyik kacau aku je. Aku dah penat dengan perangai kau. Pura-pura letak gam gajah dalam kunci mangga tu dan kau cuba untuk potong mangga tu pulak padahal kau memang nak masuk rumah.

Foto tangkap layar

Sumber : ezangalus0


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/diserang-bekas-suami-gila-talak-wanita-trauma-terpaksa-lapor-polis