Dikecam Harga Tiket Konsert Mahal, Aina Abdul Rasa Tak Adil Dibanding Dengan Nama Besar

Nama penyanyi Aina Abdul menjadi bualan ramai apabila rata-rata peminat hiburan tidak berpuas hati dengan harga tiket konsert A Night with Aina Abdul 2.0 di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Jun depan.

Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Tudung Macam Rahib, Aina Abdul Respon; ‘Ini Cara Saya Untuk Beri Inspirasi ..’

‘Value’ tak patut diukur

Ketika ditemui OhBulan!, Aina akui ledakan kemarahan gara-gara harga tiket tidak masuk akal turut memberi impak pada dirinya.

Bagaimanapun kata penyanyi bervokal mantap ini, seharusnya tidak timbul isu yang mengatakan dia baru 12 tahun dalam dunia nyanyian.

Benda ini jadi persoalan dan netizen marah dengan saya, sebab letak harga begitu. Mereka kaitkan dengan value saya sebagai penyanyi, berapa lama dalam industri dan compare figura-figura saya idolakan.

Saya rasa macam comparison itu tidak adil! Saya percaya value itu tak patut diukur dengan berapa lama dalam industri. Sebahagian dalam diri, saya nak prove them wrong.. bukan kerana berapa lama kamu dalam industri.

Aina berkata demikian ketika majlis sidang media konsert A Night With Aina Abdul (ANWAA) 2.0 yang berlangsung di EQ Kuala Lumpur, pada Rabu.

Mental terkesan

Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani cuba untuk tidak peduli dengan mulut orang luar tetapi katanya kadang kala tetap mengganggu mental.

For me, tak kisah apa orang cakap, tapi lama-lama benda tu makan diri saya sikit. Cabaran itu adalah untuk menjawab soalan-soalan itu.

Dan bagaimana saya nak bagi point jawapan tu tak bagi kesan dekat saya.. Tapi kadang-kadang, ia beri kesan saya mentally.

Difahamkan, jualan tiket A Night with Aina Abdul 2.0 menerima sambutan positif dan sudah dijual lebih 85 peratus.

Bagi mana-mana pihak korporat dan syarikat yang mahu membeli tiket A Night with Aina Abdul 2.0 dalam kuantiti yang banyak, hubungi Azrul di talian 017-3006531 untuk harga istimewa.

Sumber: Instgaram @ainaabdul


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/dikecam-harga-tiket-konsert-mahal-aina-abdul-rasa-tak-adil-dibanding-dengan-nama-besar