Dijemput Menghadap Tun Ali, Syamsul Yusof Bakal Bikin Filem Kesultanan Melaka?

Kejayaan Syamsul Yusof dalam pembikinan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan memang tidak dapat dinafikan lagi apabila filem tersebut berjaya meraih kutipan mencecah hampir 100 juta sejak ia mula ditayangkan sekitar pertengahan Jun lalu.

Artikel berkaitan: Syamsul Yusof Mengaku Terpaksa Langgar ‘Peraturan’ Hasilkan Mat Kilau – ‘Seni Itu Indah’

Artikel berkaitan: Pernah Bincang Nak Kolaborasi Bersama, Syamsul Yusof Mengaku Malique Idolanya Dalam Bidang Muzik

Artikel berkaitan: Terima Respon Positif Termasuk Ahli Politik, Yusof Haslam Yakin Mat Kilau Kutip Lebih RM100 Juta

Terbaru, Syamsul dilihat berada di pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.

Beri bayangan?

InsyaAllah Melayu Islam Melaka akan dikenali diserata dunia melalui filem. Terima kasih Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd. Ali bin Mohd. Rustam. Barakallah.

Kegigihan Syamsul dalam menghasilkan filem yang berkualiti merupakan faktor pengarah ini dilirik oleh beberapa pihak untuk mengangkat sejarah Melayu silam. Di samping pandai memilih barisan pelakon yang hebat, Syamsul dikatakan mempunyai kru yang mantap untuk penghasilan setiap filemnya.

Menerusi perkongsian beberapa foto ketika berada di pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka, Syamsul seakan memberi bayangan bahawa akan ada projek tentang negeri Melaka yang sememangnya terkenal sebagai Bandaraya Bersejarah. Menurut Syamsul, Yang Dipertua Negeri Melaka memintanya untuk menekankan perpaduan antara Sultan, bendahara dan pahlawan Melayu dalam filem penghasilannya selepas ini.

Melihat daripada kejayaan Mat Kilau, warganet mula meneka bahawa mungkin akan ada filem tentang Kesultanan Melaka dengan tokohnya, Hang Tuah.

Empayar besar, teruskan!

Perkongsian yang dibuat Syamsul ternyata mendapat sambutan yang baik oleh warganet. Menurut warganet, kisah berkenaan pahlawan masa silam harus diketengahkan pada zaman ini. Di samping itu, rakan artis meluahkan rasa kagum dengan kejayaan yang dicapai oleh Syamsul. Mereka juga meluahkan rasa tidak sabar untuk menonton filem seterusnya arahan Syamsul.

Lepas ni boleh dapat gelaran Datuk

Di ruangan komen, warganet sempat menitipkan doa agar Syamsul diberi gelaran ‘Datuk’ sempena sumbangannya dalam memartabatkan filem-filem pahlawan di negara ini.

Sumber: Syamsul Yusof


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/dijemput-menghadap-tun-ali-syamsul-yusof-bakal-bikin-filem-kesultanan-melaka