Didakwa Terima ‘Hadiah’ Honda Accord Urus Tender Lebih RM1.6 Juta, Pengarah Jabatan Universiti Direman

Di Melaka, seorang pengarah jabatan awam universiti awam direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dakwaan menerima suapan sebuah kenderaan Honda Accord yang bernilai lebih RM174,500.

Artikel Berkaitan: Pukul Guna Penyangkut Baju, Bapa Pelakon Remaja Direman Lagi

Untuk memperoleh tender terbuka

Sekadar gambar hiasan 

Lelaki tersebut ditahan selepas hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Melaka di Alai kira-kira 3 petang semalam selepas disyaki menerima suapan daripada pemilik syarikat kontraktor di Klang, Selangor untuk dorongan mendapatkan tender yang bernilai RM1,654,350.

Lelaki berusia 50-an itu telah menerima perintah reman yang dikeluarkan oleh Majistret Mazana Sinin bermula semalam sehingga 26 September bagi membantu siasatan Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sabit kesalahan, suspek boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun atau denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Sumber: Harian Metro ,Utusan 


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/didakwa-terima-hadiah-honda-accord-urus-tender-lebih-rm1-6-juta-pengarah-jabatan-universiti-direman