Didakwa Makin Kurus Sebab Banyak Makan Hati, Isteri Shuk Sahar Pilih Fokus Diri Dengan Anak-Anak

Biarpun rumah tangga bergolak, isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah tidak menjadikan dugaan itu sebagai penghalang untuk dia terus mara ke hadapan dan membuktikan dia bukan wanita yang lemah.

Artikel Berkaitan: Nampak Semakin Kurus & Menawan, Netizen Puji Penampilan Terbaru Isteri Shuk Sahar – ‘Don’t Forget To Love Yourself’

Artikel Berkaitan: Keluar Pejabat Agama Sambil Pegang Fail, Netizen Tanya Siapa Driver Isteri Shuk Sahar? – ‘Sera Berhak Bahagia’

Status rumah tangga rahsia

Ketika dihubungi OhBulan!, Rossalennah atau Sera diajukan dengan soalan yang ramai tertanya-tanya iaitu status rumah tangga.

Kata Sera, perkara itu sangat privasi untuk dikongsikan kepada umum. Namun, dia memohon agar orang ramai sentiasa menitipkan doa untuk dirinya dan dua orang anak.

Hal itu agak privasi untuk saya kongsikan. Buat masa ini, biarlah hanya saya dan pihak tertentu sahaja yang tahu. Saya cuma minta doa dari kalian semua agar saya menjadi lebih tabah mengharungi liku kehidupan saya bersama anak-anak.

Makan hati

Sementara itu, penampilan Sera yang kini menjadi Face Off Inayah Beauty turut mendapat tumpuan selepas kelihatan lebih langsing berbanding sebelum ini.

Ada segelintir netizen yang beranggapan berat badan Sera susut gara-gara suaminya, pelawak Shuk Sahar yang sudah beberapa kali kantoi curang.

Dulu saya terlalu sibuk dengan hal rumah tangga, tapi sekarang saya dah mula fokus pada diri sendiri dan anak-anak. Kalau nak ikutkan patah hati, dari dulu saya boleh kurus yelah dah bertahun saya hidup dalam makan hati.

Kali ini, baru saya betul-betul tekad untuk ubah diri sendiri menjadi lebih baik. Saya berjaya kurus dengan bantuan produk Inayah Beauty, tak ada kena mengena dengan patah hati.

Semua wanita dan isteri boleh cantik dan kurus cuma mereka kekurangan masa untuk diri sendiri saja. Kalau bukan diri sendiri, siapa lagi yang nak ubah kita kan.

Saya akui dulu saya sangat berisi dan kurang berkeyakinan. Sekarang saya dah dapat semula keyakinan diri selepas berjaya turun 11 kilogram (kg) dengan produk yang saya amalkan sejak bulan Disember tahun lepas.

Berat badan 49 kg

Dalam pada itu, Sera akui produk Inayah Beauty sangat berkesan dan menunjukkan perubahan ketara apabila berjaya menurunkan berat badannya sehingga mencapai 49 kg.

Saya amalkan dah empat bulan dari tahun lepas. So far alhamdulillah dah turun 11 kg dari 60 kg sekarang 49 kg. Saya ambil dua produk iaitu ‘break oat’ di waktu pagi untuk kekal kenyang dan ‘berryfull’ di waktu malam untuk detox apa yang saya makan seharian.

Saya gembira dengan perubahan yang membuatkan lebih fit untuk menjaga anak dan melakukan kerja seharian.

Sebelum ini, video pendek Sera keluar dari Mahkamah Syariah Jalan Duta mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet.

Untuk rekod, Sera dan Shuk mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 3.


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/didakwa-makin-kurus-sebab-banyak-makan-hati-isteri-shuk-sahar-pilih-fokus-diri-dengan-anak-anak