Didakwa Ketuk Van Dengan Kayu Besbol & Tumbuk Pemandu, Ammar Alfian Didenda RM3,500

![|650x518](upload://oeA8jwjCeRaIRrokHFHYVFkCJNF.png)

Pelakon Ammar Alfian mengaku bersalah setelah melakukan khianat dengan mengetuk pintu sebuah van Pos Malaysia dengan menggunakan kayu besbol serta menumbuk pemandu van terbabit sehingga cedera pada April 2021 di Jalan Budiman 16/17A, Cheras, Kuala Lumpur.

Ammar Alfian didenda RM3,500

![|650x528](upload://lvl3l9tFGqHiyqzL4BfEDhwl3an.png)

Mahkamah Majistret telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 atau penjara selama sebulan manakala bagi pertuduhan mencederakan pemandu terbabit, dia didenda sebanyak RM1,500 atau penjara lebih sebulan.

Walau bagaimanapun, Majistret S Mageswary turut memerintahkan bahawa Ammar Alfian menjalani hukuman penjara selama dua bulan jika dia gagal untuk membayar denda.

Pelakon filem Paskal itu didakwa melakukan khianat dengan mengetuk pintu sebelah kanan kenderaan jenis Toyota Hiace milik Pos Malaysia Berhad dengan menggunakan kayu besbol sehingga menyebabkan syarikat berkenaan mengalami kerugian sebanyak RM777 dan dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan akibat kesalahanya itu.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan turut didakwa dengan sengaja mencederakan pemandu van yang dikenali sebagai Muhammad Nur Aimin Mohd Noor dan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Peguam mohon agar hukuman diringankan

![|650x445](upload://noVCBGl7mkJdlsC7lSTY0EkmqUa.png)

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Anisha Jamilludin, memohon hukuman yang  dijatuhkan kepada tertuduh agar tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang serta perlu menunjukkan contoh yang baik kepada orang awam.

Tertuduh sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada orang awam memandangkan dia seorang artis yang dikenali ramai.

Susulan daripada itu, peguam yang membela Ammar Alfian memohon agar anak guamnya itu diberikan hukuman ringan atas alasan ia merupakan kesalahan pertama serta kerugian yang dialami oleh syarikat berkenaan hanya sekitar RM700 sahaja.

Mangsa juga hanya mengalami kecederaan ringan dan anak guam saya telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang siasatan.

Sumber : Sinar Harian 


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/didakwa-ketuk-van-dengan-kayu-besbol-tumbuk-pemandu-ammar-alfian-didenda-rm3500