Didakwa Bertengkar Isu Kematian Tangmo Nida, Lelaki Maut Terjun Kondominium

![|650x576](upload://l4kR9950SioZpcV2FZhCDaltVjF.jpeg)

Seorang lelaki di wilayah Sutthisan, Thailand bertindak ‘terjun’ dari balkoni sebuah kondominium selepas dipercayai bertengkar dengan rakannya berkaitan dengan kes kematian selebriti terkenal iaitu Tangmo Nida.

Artikel berkaitan : [VIDEO] ‘Kan Dah Kena’– Netizen ‘Puas Hati’ Tengok Rakan Baik Tangmo Nida Tunjal Kepala Kratik

Artikel berkaitan : Ibu Tangmo Nida Minta Bedah Siasat Dilakukan Semula, Pengurus Dedah Bukti Video Rakaman Suara Bergelut Atas Bot

Artikel berkaitan : [VIDEO] 4 Daripada 5 ‘Rakan’ Buat Perjumpaan Rahsia Di Pam Mintak, PA Tangmo Nida Jadi Kambing Hitam?

Artikel berkaitan : Foto Mayat Tangmo Nida Ketika Ditemui Tersebar Di Media Sosial

Gaduh sebab isu Tangmo

![|650x548](upload://5Tg01ahQlddIy47QPJiWPt2Xvmt.jpeg)

Menerusi laporan Bangkok Post, lelaki berusia 20 tahun itu dilaporkan meninggal dunia kerana mengalami kecederaan gara-gara melompat dari balkoni rumah rakannya.

Mangsa dikatakan melawat rakannya yang berusia 30 tahun itu dan mereka dipercayai bertelingkah mengenai isu kematian Tangmo sebelum dia bertindak mengamuk kerana kalah dalam perdebatan tersebut.

Difahamkan, lelaki berkenaan merupakan seorang pengarang kisah fiksyen yang mengatakan bahawa dia mengetahui siapa dalang di sebalik kematian selebriti terkenal itu.

Walau bagaimanapun, rakannya mengakui bahawa dia tidak melihat mangsa terjun dari balkoni kerana sedang bersembunyi di dalam bilik air.

Saya menyorok di dalam bilik air dan keluar apabila bunyi sudah reda. Saya buat keputusan untuk membawa makanan untuk menenangkannya.

Tapi bila saya keluar, saya mendapati dia dah terjun dari balkoni

Sempat ambil dadah

![|650x440](upload://mDc8E2AWKmslFunXi0bLCLgsQji.png)

Sekadar gambar hiasan

Ujarnya lagi, dia merasakan bahawa mangsa sedang berhalusinasi kerana mereka sempat mengambil dadah jenis methamphetamine sebelum bergaduh.

Saya rasa dia berhalusinasi kerana kesan dari dadah yang kami ambil. Saya tak rasa dia terjun sebab kecewa dengan isu Tangmo.

Walau bagaimanapun, rakan mangsa ditahan atas kesalahan mengambil serta memiliki dadah kerana pihak polis menemui dadah jenis methamphetamine serta alat menghisap dadah, namun menyangkal dakwaan bahawa dia terlibat dalam kematian mangsa.

Dalam pada itu, ibu mangsa mengatakan bahawa dia tidak percaya bahawa anak lelakinya itu membuat keputusan untuk membunuh diri hanya disebabkan kes kematian Tangmo dan mendakwa anaknya mempunyai kehidupan yang lancar serta sudah memenuhi impian sebagai seorang pengarang.

Anak saya seorang yang tabah dan pandai menyara dirinya sendiri sejak kecil lagi.

Susulan daripada itu, pihak polis masih menunggu laporan hasil bedah siasat, namun tidak menolak sebarang kemungkinan mangsa terjatuh akibat ditolak atau kemalangan.

Sumber : Bangkok Post


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/didakwa-bertengkar-isu-kematian-tangmo-nida-lelaki-maut-terjun-kondominium