Didakwa Alami Kemurungan, Abang Tetak Adik Hingga Maut Di Bahagian Belakang Leher

![|650x371](upload://eShLigYAgTGvpHMgZLnlBjQeB7X.png)

Sekadar gambar hiasan

Malang nasib menimpa seorang lelaki yang dilaporkan meninggal dunia selepas didakwa ditetak oleh abangnya di Kampung Sungai Rual Melayu, Jeli, Kelantan.

Ditetak abang sendiri

![|650x365](upload://a2ULuBT6pAZSovW7OgPFBqqH37v.jpeg)

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, insiden tersebut berlaku jam 1.20 pagi tadi di mana suspek yang berusia 30-an didakwa mengalami kemurungan sebelum bertindak di luar kawalan dengan menetak adiknya di bahagian belakang leher.

Ujar Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin sebelum insiden itu berlaku mangsa dipercayai berada di dapur rumah mereka dan sedang memasak.

Tiba-tiba, suspek datang dari belakang dan terus menetak adiknya dengan sebilah pedang menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian.

Sehingga kini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar suspek betindak sedemikian rupa.

Sumber: Harian Metro


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/didakwa-alami-kemurungan-abang-tetak-adik-hingga-maut-di-bahagian-belakang-leher