Dibiarkan Sendiri Jaga 4 Anak Kecil, Wanita Terkilan Bekas Suami Culas Beri Nafkah Dah Kahwin Lain

Sekadar gambar hiasan

Seorang Peguam Syarie, Nurul Izzah Zainol menerusi satu perkongsiannya di Facebook menceritakan mengenai luahan seorang wanita apabila mendakwa bekas suaminya kedekut kerana enggan memberi wang tambahan kepada pengasuh. Rupa-rupanya dah kahwin lain!

Bekas suami kedekut

Sekadar gambar hiasan

Kisahnya bermula apabila seorang wanita yang berasal dari Sabah sanggup berkorban untuk tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa demi menjaga empat cahaya mata. Walau bagaimanapun, jodoh bersama suaminya tidak berpanjangan dan mereka membuat keputusan untuk bercerai.

Saya masih ingat wanita muda anak empat ini, jauh merantau dari Sabah dan bertemu jodoh di sini. Dia seorang graduan sarjana muda dan menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak bekerja kerana suami tidak izin dan minta jaga anak-anak sendiri.

Bila bercerai, diminta keluar rumah suaminya dengan empat anak. Menyewa di luar ditanggung sendiri dan dia tidak tahu, dia berhak kepada nafkah iddah. Dia tidak tahu yang dalam undang-undang bila bercerai, suami yang kena keluar rumah.

Hendak dijadikan cerita, wanita berkenaan mula mencari pekerjaan, namun agak sukar kerana anak-anaknya masih kecil. Berkat kesabaran, akhirnya dia berjaya mendapat tawaran temu duga lalu meminta bekas suaminya wang tambahan untuk menghantar empat anaknya di bawah jagaan pengasuh.

Satu hari dia dapat tawaran temu duga dan minta duit tambahan daripada bekas suami untuk letak anak-anak pada pengasuh. Tapi bekas suami tidak bagi dan dia tidak pergi temu duga serta terlepas peluang pekerjaan. Duit simpanan sendiri tiada sebab tidak pernah kerja.

Rupanya dah kahwin dengan wanita lain

Sekadar gambar hiasan

Susulan daripada itu, dia terpaksa melepaskan peluang tersebut kerana lelaki berkenaan enggan memberinya duit tambahan. Namun, apa yang mengejutkan adalah dia mendapat berita bahawa bekas suaminya itu sudah berkahwin baharu sedangkan dirinya bersusah payah untuk menjaga anak-anak dengan kesempitan hidup.

Kemudian dua hari lepas, bekas suami menikah baharu, isteri baharu dan hidup baharu. Bekas isteri pula masih susah payah dengan kesempitan hidup, dilema cari kerja yang sesuai dengan hendak besarkan anak-anak seorang diri dan jauh pula daripada keluarga.

Sementara itu, Peguam Syarie, Nurul Izzah sempat menitipkan nasihat agar jangan mengalah dalam kehidupan terutamanya dalam kerjaya serta perlu mementingkan diri untuk kebaikan diri sendiri.

Apa-apa yang boleh merisikokan masa depan tolong jangan compromise. Tak payah percaya janji ‘takpe nanti i akan ada untuk you sampai bila-bila’.

Orang boleh replace kita macam salin baju saja. Orang boleh buang kita macam kita tak pernah berjasa sikit pun dalam hidup dia. Orang boleh lepas ‘pakai’ kita, dia campak macam sampah je. Apa yang kita kena tanggung disebabkan perbuatan dia, dia peduli apa. Dia move on bina hidup baru macam tak pernah buat tahi kat kita.

Sumber : Nurul Izzah Zainol


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/dibiarkan-sendiri-jaga-4-anak-kecil-wanita-terkilan-bekas-suami-culas-beri-nafkah-dah-kahwin-lain