‘Dengan Hetty Koes Endang Pengacara Hilang Fungsi’ – Pak Nil Tegur Nabil & Jihan Kena Pandai Handle & Kemudi Pentas GV8

![|650x382](upload://pXlwXmcKowIihEsc3QwWjHyGs6h.png)

Masih memberi komen dengan cara dan teknik mengajar yang sama, penyanyi terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang berjaya mencuri tumpuan penonton yang menyaksikan program hiburan Gegar Vaganza 8 (GV8) malam tadi. Telatah bunda Hetty yang dilihat naik ke pentas sebaik sahaja persembahan Aweera selesai ternyata membuatkan ramai terhibur.

Artikel berkaitan: ‘Kalau Nak Mengajar Bukan Masa ‘Live’, Jumpa Belakang Pentas’ – Hattan

Artikel berkaitan: Adibah Noor Mengaku Nyanyi Teruk Di GV8 – ‘Memang Sampah Sehingga Saya Tepuk Dahi’

Artikel berkaitan: Netizen Pertikai Keputusan Peserta Mara Ke ‘Final’ GV8, Ini Jawapan Tok Ram – ‘Shidee Memang Sudah Dijangka, Juri Sebulat Suara ..’

Namun begitu, timbul pula pendapat di mana telatah bunda Hetty itu membuatkan pengacara GV8 iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse hilang ‘fungsi’. Betul ke?

Pengacara hilang fungsi

![|650x351](upload://fWQrvEQ7iHLVJLD8NkaVmLBQqxU.jpeg)

Di Twitter, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil menyatakan bahawa bunda Hetty telah memberi ‘good vibes’ kepada para penonton yang menyaksikan program hiburan tersebut. Oleh itu, Nabil dan Jihan perlu tahu dan pandai mengendalikan pentas sewaktu bunda Hetty memberi komen. Tambah Pak Nil, Jihan dan Nabil perlu mainkan peranan yang sangat besar agar tidak nampak program itu milik bunda Hetty.

Alah, dia dah bagi good vibes pada show. Pengacara kena tau handle dan kemudi pentas. Takpe. Learn. Bukan control Hetty Koes Endang. Join her!

Pernah Paknil pesan pada Nabil, apa nak cakap mesti bincang dulu dengan Co-Host. Walau nampak spontan, Tapi sebenarnya dah ada frame. Tapi tulah tadi nampak Nabil frust sebab production pulak jadi spoiler pada punchline dia. Maknanya, next time kena bawak Prod dalam plan.

Di samping itu, Pak Nil turut berpesan kepada Nabil agar berbincang dengan Jihan terlebih dahulu sebelum bercakap mahupun bergurau sesuatu perkara ketika siaran langsung.

Kembalikan Adibah Noor

![|650x366](upload://4ErICMlPoLqDErp3KjHMgT3jPkF.jpeg)

Selain Nabil dan Jihan, Pak Nil turut mempersoalkan kenapa persembahan Adibah Noor tidak seperti yang dijangkakan. Adakah sebab sering diuji dengan lagu-lagu yang gagal?

Kenapa AN dah hilang magic dia? Dia macam dah hilang sentuhan. Tell me guys.

Menurut Pak Nil, pihak produksi mungkin meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap Adibah Noor dan mereka menyangka pelantun suara ‘Terlalu Istimewa’ itu mampu menyahut segala cabaran dengan mudah. Hal tersebut, mungkin menjadi faktor kenapa penyanyi itu kurang memberi sentuhan di setiap persembahannya.

Sumber: Pak Nil


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/dengan-hetty-koes-endang-pengacara-hilang-fungsi-pak-nil-tegur-nabil-jihan-kena-pandai-handle-kemudi-pentas-gv8