Demi Menampung Kos Rawatan Suami, Wanita Sebak Mahu Jual Ginjal

Seorang wanita di Indonesia mendapat perhatian warganet apabila dia sanggup berkorban dengan menjual gindalnya untuk dapatkan wang bagi menampung kos perubatan suaminya.

Sanggup jual ginjal demi suami

Menerusi video yang dimuat naik oleh Viralyes di Instagram, memaparkan seorang wanita dilihat sedang baring sambil menangis. Difahamkan, wanita terbabit ingin menjual ginjalnya kepada sesiapa yang berminat untuk membeli.

Siapa yang nak beli ginjal saya sebab saya perlukan duit untuk biayai kos rawatan suaminya.

Dedahnya lagi, tujuan dia membuat video berkenaan bukanlah untuk mengemis, namun kerana keadaan mendesak sehingga menyebabkan dirinya terpaksa menjual ginjal.

Maaf saya bukan nak mengemis. Tapi saya tak tahu apa nak buat sebab saya perlu mengubati suami saya.

Dalam video berkenaan turut kelihatan seorang lelaki dipercayai merupakan suami kepada wanita terbabit. Lebih menyayat hati apabila lelaki tersebut dilihat kurus dan seperti tidak bermaya untuk berkomunikasi.

Walau bagaimanapun, masih tiada sebarang penjelasan mengenai penyakit yang dihidap oleh suami kepada wanita berkenaan.

‘Siapa yang nak beli ginjal saya’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Viralyes (@viralyes)

‘Itulah bukti cinta sejati’

Susulan daripada itu, video tersebut menjadi tular di media sosial dan mendapat pelbagai respon daripada warganet. Malah ada juga di antara mereka yang mengatakan itulah bukti cinta sejati kerana sanggup berkorban demi suami tersayang.

Sumber : Berita Hits, viralyes


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/demi-menampung-kos-rawatan-suami-wanita-sebak-mahu-jual-ginjal