Dato Vida Nafi Tuduh Anuar Zain ‘Gay’, Ziana Zain Anggap Tindakan Biadap

![|650x395](upload://75NP2HAnZg08NYFNAyrl1FfElVp.jpeg)

Penyanyi Ziana Zain seakan-akan tidak berpuas hati dengan tindakan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang dikatakan melabel adiknya sebagai seorang yang mengamalkan hubungan sejenis menerusi satu siaran ‘live’ di media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Staf Turun Guna Tangga, Saya Guna Lif’ – Rasa Gegaran Gempa Bumi Di Indonesia, Iqbal Tak Berani Nak Tidur Seorang Diri

Artikel Berkaitan: Vida & Iqbal ‘Berperang’ Sebab Gegar Vaganza, Bongkar Rahsia Tanggung Dari Zaman Sekolah Lagi – ‘Dasar Kacang Lupakan Kulit!’

‘Sangat biadap’

![|650x417](upload://xXw9CGqu3IdUbGi8BEYKQDpPajf.jpeg)

Menerusi platform TikTok, seorang pengguna yang sempat merakam sesi ‘live’ itu berkongsi sedutan video Vida membuat kenyataan tersebut untuk tatapan umum. Menerusi video berdurasi kurang 15 saat itu, Vida menjawab pertanyaan seseorang yang memohon dia untuk memikat pelantun lagu Lelaki Ini itu. Vida dengan nada berbisik menyebut sesuatu yang berakhir dengan ‘kay’

*ay.. *ay.. faham tak?

Video tersebut mendapat perhatian Ziana yang kemudian meninggalkan komen pada video tersebut menggunakan akaun TikTok rasminya. Walaupun tidak jelas, namun ramai beranggapan Vida menyebut satu perkataan yang melabel seseorang itu mengamalkan hubungan sejenis.

![|650x258](upload://ynl2UUJAMucCxE39XPgXzkmHN9h.png)

Selain Ziana, dakwaan tersebut mengundang marah netizen yang rata-ratanya mempertahankan penyanyi lelaki itu. Tidak kurang juga ramai yang meminta Anuar untuk mengemukakan saman terhadap dakwaan tersebut. Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah menerima lebih 300,000 tontonan di TikTok.

Sebenarnya cakap ‘okay’

![|650x412](upload://1dyBKXaXECUwxiNkkpIrqRkjCur.jpeg)

Susulan reaksi negatif daripada sesi ‘live’ tersebut, Vida dalam satu lagi sesi ‘live’ petang semalam membuat penjelasan yang dia sebenarnya menyebut perkataan ‘okay’ dan bukannya ‘gay’, namun disalah tafsir oleh netizen.

Video penuh

@yus_dexter

Tak patut keluar pun perktaan tu!! #fyp

? original sound – TikToker – TikToker


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/dato-vida-nafi-tuduh-anuar-zain-gay-ziana-zain-anggap-tindakan-biadap