Dapat Tengok Kereta Bawa Keranda Ratu Elizabeth II, Netizen Cakap Alif Satar Bertuah

Selebriti versatil, Alif Satar dan keluarga bertuah apabila berpeluang menyaksikan perjalanan akhir Ratu Elizabeth II sebelum dikebumikan pada 19 September ini.

Artikel Berkaitan: ‘Elak Lakonkan Babak Intim Bukan Sebab Acah Alim’ – Alif Satar

Keranda Ratu Elizabeth II

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®? (@alifsatar)

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Alif, 31, tidak menyangka perjalanan mencari nasi briyani di Edinburgh, London, membuahkan kenangan bermakna buat mereka.

Kata pemilik nama Muhammad Alif Mohd Satar, dia berpeluang melihat sendiri perarakan kereta mayat yang membawa keranda Ratu Elizabeth ll merentasi ribuan rakyat.

Semalam (Ahad), kami tinggalkan hotel di The Gleneagles untuk Edinburgh. Sampai saja di Edinburgh, kami pun tingal kereta dan berjalan di bandar untuk cari lunch.

Sekali, tengah kami duk berjalan cari briyani (dah seminggu lebih tak makan nasi), tengok-tengok jalan semua tutup, nak lintas seberang jalan pun tak boleh sebab orang dah ramai.

Rupa-rupanya ada perarakan kereta yang membawa keranda Ratu Elizabeth II.

Satu percutian yang akan diingati

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Alif dan isteri, Sha Dila Halid serta tiga anak sangat bertuah kerana dapat merasai sendiri pengalaman bersejarah.

Sebagai info, keranda Ratu Elizabeth II akan dibawa ke Windsor, untuk disemadikan bersebelahan dengan suaminya, Putera Philip, yang meninggal dunia pada tahun 2021 di usia 99 tahun.

Menurut portal itu lagi, keranda mendiang ratu diperbuat daripada kayu oak dan dilitupi bendera ‘Royal Standard’ Scotland dengan kalungan bunga diletak di atasnya.

Ratu Elizabeth II menghembuskan nafas terakhir di Istana Balmoral, pada Khamis lalu.

Britain kini sedang dalam tempoh berkabung sehingga proses Pengebumian Negara berlangsung pada 19 September di Westminster Abbey.

Sumber: Instagram @alifsatar


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/dapat-tengok-kereta-bawa-keranda-ratu-elizabeth-ii-netizen-cakap-alif-satar-bertuah