Dakwa Ibu Mentua Suruh Bangun 4 Pagi Setiap Hari, Menantu Rasa Tak ‘Best’ Dihalang Keluar Menyewa

![|650x400](upload://pZt2GtlLNG0W7ugvL6PtS8tPaFm.jpeg)

Setiap pasangan yang berkahwin tentu menginginkan sebuah perkahwinan yang bahagia termasuklah hubungan dengan mentua dan ipar duai.

Apabila menyentuh mengenai ibu mentua, ada yang serasi dan sebaliknya. Begitulah yang dikongsi seorang wanita, Syahririn yang tidak bernasib baik apabila hubungan mereka tidak seperti keluarga lain.

Artikel Berkaitan: Wanita Terkejut, Suami Mengaku Jalin Hubungan Dengan Mak Mentua Sendiri Hingga Hamil

Kena bangun 4 pagi setiap hari

@ririnsitumorang1? original sound – sayang6_ – Pengenfyp

Berdasarkan perkongsian di TikTok, Syahririn memuat naik sebuah video yang merakamkan situasi di mana ibu mentuanya sedang menjerit di luar bilik manakala dia baru terjaga dari tidur.

Dakwa Syahririn, ibu mentuanya naik angin kerana sudah bangun awal daripada menantu.

Dakwanya lagi, dia yang tinggal di rumah mentua dikehendaki untuk bangun seawal empat pagi setiap hari. Selain itu, dia juga dituduh ingin merebut anak lelaki ibu mentuanya itu sekiranya mereka menyewa di tempat lain.

Kaum hawa bernikah bukan untuk jadi bibik

![|650x724](upload://bvzhLlzoRTMttsZBFKr1FSx2Dbb.jpeg)

![|650x816](upload://gRT1dNTWBjtPJFhU0TzpTMwP8hT.jpeg)

Di ruangan komen, rata-rata warganet memberi pendapat masing-masing. Ada yang mencadangkan agar wanita itu mengajak suaminya untuk hidup berdikari.

Posting itu juga menjadi tempat di mana golongan wanita berkongsi pengalaman sama yang terjadi dalam rumah tangga. Malah, ada yang sempat berseloroh meminta wanita itu mencari suami baru.

Sumber: TikTok @Syahririn 


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/dakwa-ibu-mentua-suruh-bangun-4-pagi-setiap-hari-menantu-rasa-tak-best-dihalang-keluar-menyewa