Dakwa Hael Husaini Pergi Kelab Hiburan ‘Gay’ Di Korea, Pengurus Ambil Tindakan Penyebar Fitnah

![|650x561](upload://gGNPxWztFjTxYMvyB09g3z58aBF.png)

Baru-baru ini, penyanyi, Hael Husaini telah terbang ke Korea Selatan atas urusan kerja setelah penerbangan antarabangsa dibuka. Namun, terdapat khabar angin yang mendakwa pelantun lagu ‘Hajat’ itu pergi berseronok di sebuah kelab hiburan ‘gay’ di Itaewon Korea. Ish, berat tuduhan tu!

Dakwa penyanyi dari Malaysia pergi kelab hiburan

![|650x495](upload://u0dCAd3JezrXBShgdVWCnGQcS8y.jpeg)

Menerusi ciapan seorang lelaki di Twitter, individu berkenaan mendakwa bahawa terdapat seorang penyanyi dari Malaysia telah pergi ke Korea tanpa menjalani kuarantin sebelum berhibur di kelab hiburan di Itaewon.

![|650x161](upload://zljaCZeth0IoKzZHo6s8Li52vPf.jpeg)

Dalam pada itu, terdapat individu lain turut mendakwa penyanyi berkenaan berada di sebuah kelab hiburan ‘gay’ di Korea. Menerusi ‘hints’ yang diberi, individu berkenaan seolah mengatakan penyanyi yang dimaksudkan itu adalah Hael Husaini.

![|650x226](upload://yDDtBiopySl4iwZwPCSMWnpDpAA.jpeg)

![|650x393](upload://zPHNn7CSReIg8REOmWOw2C8a2kH.jpeg)

Pengurus Hael Husaini beri respon

![|650x308](upload://3clS18hJqKPIGOHSYC0s1qXpyyP.jpeg)

Walau bagaimanapun, pengurus penyanyi berkenaan telah tampil memberi respon mengenai dakwaan terbabit. Menerusi video IG Live yang dimuat naik semula oleh Hhaelhusaini.fans di TikTok, pengurus kepada penyanyi terbabit memaklumkan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang menyebarkan khabar angin itu.

Saya di sini nak terangkan apa yang sebenarnya berlaku. Saya buat video ni sebenarnya nak bagitau Healers yang Hael punya team dah ambil tindakan.

Berhenti budak tu nanti. Tak belajar dah dekat tu (Korea). Kalau dia padam sekali pun dah terlambat dik.

Aku dah jumpa Youtube dia, Instagram dia, semua alamat rumah semua dah dapat.

Susulan daripada itu, peminat Hael Husaini turut meminta agar orang ramai tidak sesuka hati memfitnah kepada penyanyi berkenaan.

Kitaorang cuma nak cakap yang tak elok sebarkan fitnah. Berhenti lah sebarkan fitnah kalau tuan badan tak bagitahu pun.

Video penuh :

@hhaelhusaini.fans?? original sound – Him

Sumber : hhaelhusaini.fans, aqil989


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/dakwa-hael-husaini-pergi-kelab-hiburan-gay-di-korea-pengurus-ambil-tindakan-penyebar-fitnah