Cuti-Cuti Malaysia, Ini 5 Lokasi Percutian Korang Wajib Pergi & Confirm Tak Mengecewakan!

![|600x315](upload://lLrNplvSHTTv3TjKJqg5C5SA18X.jpeg)

Malaysia merupakan negara yang cukup terkenal dengan pelbagai lokasi percutian menarik selain kaya dengan flora dan fauna. Maka, tak hairanlah sebaik sahaja kerajaan mengumumkan kebenaran merentas negeri pada 11 Oktober lalu, rakyat berpusu-pusu keluar berjalan-jalan dan bercuti.

Jadi dalam entri kali ini, penulis nak share dengan korang 5 tempat pelancongan yang best untuk korang pergi bersama keluarga, anak-anak dan isteri mesti suka.

Berbaloi bercuti disini, Gerenti anak pun gembira!

Alang-alang dah boleh berjalan ni, pastikan korang cari kesempatan bawa keluarga makan angin. Dengan cara ini setidaknya  boleh la kita beli jiwa insan tersayang dan dalam masa yang sama buat mereka rasa bahagia. Berikut ialah senarai tempat pelancongan yang menarik untuk korang kunjungi:

1. Escape Park, Penang.

![|1200x963](upload://18vh7MnDIm9bvLctYih2B3V7duK.jpeg)

Kredit: Escape Park

Bagi korang yang gemarkan aktiviti lasak dan mencabar, korang wajib datang ke Escape Park, Penang. Dekat sini korang boleh buat pelbagai aktiviti fizikal, bermula daripada yang biasa-biasa sehinggalah kepada aktiviti fizikal mencabar seperti Three Sixty, SlingShot, The Longest, Mega Drop, Flying Lemur dan banyak lagi.

Aktiviti untuk kanak-kanak pun ada, antaranya Monkey School, Discovery Dig, A-Maze dan Atan Leap’s. Ini baru sebahagian je tau! Kalau korang nak merasai sendiri pengalaman melakukan aktiviti fizikal dalam keadaan santai korang kena datang sendiri ke sini.

![|810x1080](upload://gxRMgKWgv0O5Rx8naIJ2nFuVi5I.jpeg)

Kredit: Escape Park

Cadangan min, kalau korang datang sini, better datang awal pagi supaya korang boleh cuba kesemua aktiviti yang ditawarkan. Paling penting buat aktiviti yang kering dahulu sebelum buat aktiviti air. Nanti tak la korang kehulur-ke hilir dalam keadaan basah.

Selain itu, pasti korang plan aktiviti apa yang korang nak buat dahulu. At least, nanti bila sampai sana korang tak rambang mata sebab Escape Park memang ada banyak giler ride yang best-best.

2. Suara Rimba Hulu Langat Chalet, Selangor.

![|960x720](upload://lmS29evYEcODBx90oaNDZSSnih9.jpeg)

Kredit: FB Suara Rimba Hulu Langat, Selangor.

Bagi korang yang nak cari ketenangan, bebas tanpa gangguan, tanpa TV dan hanya mahu ditemani bunyi unggas, Suara Rimba Hulu Langat Chalet adalah antara lokasi percutian yang tak kurang hebatnya.  Akan tetapi chalet yang diusahakan oleh sepasang suami isteri ini memiliki jumlah chalet yang terhad. Jadi, privacy dan keselamatan korang memang terjaga. Orang luar pun tak boleh masuk sesuka hati.

![|800x800](upload://8q7Mc211lGXPjh0P3PAjQ5YknZX.jpeg)

Kredit Jelajahmaya.com

Bukan itu je, dibelakang Chalet juga ada disediakan kolam buatan dan di bahagian depan chalet ada tempat untuk BBQ. Kalau nak buat family day, Suara Rimba Hulu Langat Chalet ni memang pilihan yang tepat. Cuma konsep tempahan disini  first come, first serve.

3. Lata Kekabu, Perak.

![|1200x798](upload://qKRQrTylhfY11DhUBvOLb61FCEO.jpeg)

Kredit Harian Metro

Lata Kekabu Perak merupakan kawasan hutan lipur dengan air terjun yang terletak dikawasan Lenggong, perak. Hutan lipur ni memang cantik. Tambahan pula, jarak air terjun ni dengan Pekan Lenggong hanya sekitar 9KM je. Jadi, orang luar pun mudah je nak cari tempat ni.

Tarikan utama tempat ni ialah air terjun dan sungainya. Bersih wei kawasan ni. Terjaga rapi. Ada chalet lagi. Sesuai sangat nak bawak anak dan isteri berkelah dan mandi-manda. Di samping itu, korang juga boleh trekking dekat sebelah ulu kawasan hutan lipur ini.

4. Gunung Jerai, Kedah.

![|921x690](upload://yPXQUXUxELKGi3uQusHbUZtERZB.jpeg)

Kredit: Harian Metro

Disamping lokasi percutian yang min mention di atas, ada satu lagi destinasi yang min yang korang suka. Lokasi yang min maksudkan ialah Gunung Jerai, Kedah. Gunung Jerai mungkin tak famous macam Cameron Highlands tapi Gunung Jerai menyediakan pemandangan yang indah selain kaya dengan pelbagai flora dan fauna. Bayangkan orang kedah siap gelarkan Gunung Jerai ni sebagai Swiss Kedah.

![|1200x900](upload://lkagl5T0IISZm5FkZOKUgK89zam.jpeg)

Kredit: Wikimedia Commons

Suhu dekat sini rendah sehingga 19 darjah celcius. tapi bab suhu ni ikut nasib dan faktor cuaca jugak la ye. Lepastu banyak tempat korang boleh pergi misalnya Muzium Perhutanan Negeri Kedah, Telaga Tok Sheikh, sejarah batu kapal dan ladang strawberry diatas Gunung Jerai. Nak bermalam pun tak jadi masalah. Korang hubungi je The Jerai Hills.

5. Gua Kelam, Perlis.

![|640x426](upload://w8WZFvWj7JL4xLErYe2CesxvWhu.jpeg)

Kredit: Wikimedia Commons

Selain taman, tema, kawasan rekreasi hutan lipur, Malaysia juga sebenarnya ada beberapa gua yang korang boleh datang dan terokai dengan mata sendiri. Anatar gua yang wajib korang lawat, tak lain tak bukan Gua Kelam perlis.

Bagi korang yang tinggal di utara negara, pastikan sekurang-kurangnya korang pernah bawa anak korang kesini. Banyak ilmu yang anak korang boleh timba disini. Bahkan korang juga akan belajar banyak mengenai sejarah gua kelam ini sendiri.

![|640x425](upload://7ZaJYjWO6g8BHUdrBtRwLfRSs2L.jpeg)

Kredit: asiaexplorers.com

Kalau korang nak tahu Gua Kelam ni masih terpelihara, kawasannya sangat cantik. Percaya tak kalau min kata disini korang masih boleh mendengar kelawar berdecit dan juga bunyi titisan air dari stalaktit.  Dilengkapi dengan jabatan kayu seluas 8 kaki sebagai kawasan pejalan kaki, kanak-kanak pun boleh terokai gua batu kapur ini.

![|1200x1089](upload://IjY1g0Lli8ciu4KhoVSUccRLOw.jpeg)

Ha, selain Gua Kelam, ada satu lagi gua yang korang boleh nikmati. Menariknya, gua ni dekat mana-mana pun korang boleh enjoy. Yang penting mesra poket dan keluarga, gua yang min maksudkan ialah gua pocket angin, Pizza Hut Truly Tasty Hand-Crafted Pizza.

![|1200x675](upload://tNSyLjLYvAwF1oEfbIj9ruWrBn2.jpeg)

Sama seperti lokasi percutian hidden gems, Gua Pocket Angin, Pizza Hut Truly Tasty Hand-Crafted Pizza ni korang kena cuba. Sekali pun takpe. Bayangkan cheese yang banyak tu bila korang tarik rupanya dah macam air terjun belum ditambah lagi dengan keranggupan kerak piza,  pengalaman tu memang korang tak kan lupa dan boleh dapat dimana-mana.

Diuli dan dihasilkan menggunakan tangan sepenuhnya. Maka, tak hairanlah Gua Pocket Angin yang terhasil pada kerak piza memberikan rasa ranggup pada keraknya. Sedap weh, makan pulak dengan mak, ayah, adik, abang.. Lagi la layan. Bertambah-tambah jadinya. Tak cukup sepotong, dua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pizza Hut Malaysia (@pizzahutmalaysia)

Kebetulan sekarang Pizza Hut bagi diskaun 60% untuk setiap pembelian Pizza Hut Truly Tasty Hand-Crafted Pizza. Dah ada diskaun tu, apa kata korang rasai dan nikmati sendiri macam mana rasa gua pocket angin, Pizza Hut Truly Tasty Hand-Crafted Pizza.

Kalau korang malas nak drive, beratur dan tunggu di restoran Pizza Hut, korang pesan je pakai aplikasi Pizza Hut. Mudah! Tau-tau ja, piza dah sampai depan pintu.

Nak tahu lebih lanjut mengenai promosi dan tawaran ini, korang boleh klik SINI.


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/cuti-cuti-malaysia-ini-5-lokasi-percutian-korang-wajib-pergi-confirm-tak-mengecewakan-2