Cuma Hadir Sebagai Tetamu, Hishammuddin Reda Kena Kompaun Ingkar SOP – ‘Salah Tetap Salah’

![|650x324](upload://ua0rKrxXjEuvf3MhUNkvdXBrO1I.jpeg)

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan Bendahari Agong Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama Pengerusi Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad dan Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran dikenakan kompaun ketika majlis pelancaran Briged MIC Johor di EduCity Kota Iskandar, Johor, semalam.

Kompaun itu dikeluarkan kerana kesemua mereka didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana berkumpul.

Keluarkan kompaun

![|650x385](upload://vn6o80k1vHgCGw1H9v1lCtPH3fs.png)

Saya mengarahkan pegawai @KKMPutrajaya (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk keluarkan kompaun kepada DS Hishammuddin, DS Hasni, TS Vigneswaran, pemimpin utama yang hadir dan penganjur di bawah Akta 342. @KKMPutrajaya akan terus pantau SOP sempena PRN (Pilihan Raya Negeri) Johor.

Di Twitter, Khairy mengesahkan PRN Johor boleh diteruskan walaupun Malaysia kini berada dalam gelombang Omicron dengan bilangan kes positif menunjukkan lonjakan. Tambah Khairy, ia berikutan pesakit Covid-19 yang dijangkiti varian Omicron tidak menunjukkan kesan teruk berbanding varian Delta.

Saya dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah muktamadkan syor prosedur operasi standard (SOP) dan syor itu sudah dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), seterusnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pendirian KKM adalah, memandangkan Omicron setakat ini tidak menunjukkan kesan yang teruk seperti Delta dan semua data menunjukkan kesannya tidak seteruk Delta, maka PRN boleh diteruskan tetapi dengan SOP yang akan diumumkan kelak, yang dimuktamadkan drafnya.

Susah nak kawal

![|650x829](upload://jHceLZzXrTBcl04t8ZE79qODISC.jpeg)

Menurut Datuk Seri Hishammuddin Hussein, beliau reda dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada program pelancaran Briged MIC Johor, semalam. Beliau juga akan berhadapan dan bertanggungjawab atas kesalahannya itu.

Kalau kita langgar SOP kena bayar kompaun. Inilah saya punya kebimbangan. Bila kita buat program dan benarkan program politik, ia susah nak dikawal. Jadi jika tak boleh dikawal dan melanggar SOP, mereka terpaksa berhadapan dengan kompaun. Saya reda jika membabitkan diri sendiri.

![|650x239](upload://68PqEtPc220E2S9pUweTdXoLlD1.png)

Sumber: Twitter


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/cuma-hadir-sebagai-tetamu-hishammuddin-reda-kena-kompaun-ingkar-sop-salah-tetap-salah