Cuba Letak Tangan Dekat Peha, Gadis Rekod Video Lelaki Gatal Dalam Kereta Api

Baru-baru ini viral satu video di media sosial berhubung isu seorang gadis di Indonesia dipercayai diganggu oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika dia berada dalam kereta api.

Kena kacau dengan lelaki miang

Berdasarkan video yang dikongsikan di Twitter, gadis yang dikenali sebagai Sela mendakwa dia baru sahaja duduk di dalam sebuah kereta api. Bagaimanapun tidak lama selepas itu, dia terkejut apabila melihat penumpang di sebelahnya yang cuba mengusik pehanya berulang kali.

Meskipun pada awalnya dia cuba berfikiran positif dan menyangka bahawa mungkin lelaki terbabit tidak sengaja, namun individu berkenaan tetap mengusik pehanya tanpa rasa bersalah.

 Awal-awal ingatkan dia tak sengaja tapi asal makin lama makin kerap pula. Kalau aku gerak mesti tangan dia akan ikut juga.

Aku sampai kaku tak boleh nak buat apa-apa. Rasa jari dia naik turun peha aku. Rasa nak jerit tapi tak boleh. Lepas aku tegur dia masih buat juga. Akhirnya aku buat laporan untuk pindah seat.

Difahamkan, dia telah melaporkan perkara berkenaan kepada pihak syarikat kereta api terbabit serta meminta agar tempat duduknya ditukarkan kerana berasa tidak selesa.

Video yang cik hantarkan tadi tu kami boleh serahkan kepada pihak polis kerana bukti dah kukuh. Sekali lagi saya minta maaf atas kejadian yang berlaku kepada cik.

Dalam pada itu, gadis terbabit telah mendapatkan nama penuh lelaki berkenaan yang merupakan seorang pelajar di sebuah universiti di Indonesia. Walau bagaimanapun, dia enggan mendedahkan nama dan hanya menginginkan individu itu tampil untuk memohon maaf serta berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Saya dah tegur dah dia pertama kali tu saya cakap ‘encik maaf’ sambil saya tunjuk tangan dia. Lepas tu dia tarik tangan dia tapi lepas tu sama je.

Video kejadian

Anjing! pic.twitter.com/9kCJVc3aC9

— Selaaaaa?~ (@Selasarabu_) June 19, 2022

Aku sempat bener² kaku, gabisa ngapa²in.
Berasa bgt jari dia naik turun di paha. Saat itu pengen teriak, tapi entah kenapa gabisa. Deg²annya minta ampun.
Akhirnya berusaha untuk gerak. Setelah ini ku tegur, eh masih aja dilakuin. Akhirnya aku lapor, minta pindah kursi. pic.twitter.com/Qr2HetwP1c

— Selaaaaa?~ (@Selasarabu_) June 19, 2022

Sumber : Selasarabu_


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/cuba-letak-tangan-dekat-peha-gadis-rekod-video-lelaki-gatal-dalam-kereta-api