Cium Dahi Penari Wanita Rupanya Isteri Sendiri, Ariff Bahran Dah Kahwin Pada 3 September

![|650x400](upload://nrH8SdFnMB4kk7KnMrGQUV4QEUp.jpeg)

Know know dah kahwin!

Penyanyi Ariff Bahran mengejutkan ramai terutama dalam kalangan peminat perempuan apabila sudah bergelar suami sejak tiga bulan lalu.

Dah tiga bulan kahwin

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Ariff, 23, memilih wanita yang dikenali sebagai Amirah menjadi suri hati.

Menurut wakil pengurusan Rusa Music, pemilik nama sebenar Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari selamat disatukan dengan Amirah di Jabatan Agama Islam Shah Alam, Selangor pada 3 September lalu.

Cium dahi penari wanita

![|650x437](upload://je2MqbSj2KV4Ibq1HO9SSJ7aPj3.jpeg)

Sebentar tadi, persembahan duet bersama Sarah Suhairi pada Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS2021) mengejutkan ramai apabila Ariff bertindak mencium dahi penari wanita.

Bagaimanapun, pengacara Nabila Huda dan Ain Edruce mengumumkan penari berkenaan adalah isteri Ariff.

Gadis yang dicium oleh Ariff tadi sebenarnya, adalah isterinya. Dia dah berkahwin sejak tiga bulan lalu, namun, tak diuar-uarkan kerana situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Terdahulu, Ariff pernah digosipkan bercinta dengan rakan duetnya iaitu Sarah dan Sissy Imann, namun dia menegaskan bahawa hubungan mereka hanya sebagai kawan rapat.


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/rupanya-penari-wanita-isteri-sendiri-ariff-bahrin-dah-kahwin-pada-3-september