Campak Bayi Baru Lahir Dari Tingkat 5, Remaja 17 Tahun Ditahan Polis

Sekadar gambar hiasan

Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun berasal dari Bronx, Bandar Raya New York didakwa membunuh dengan mencampakkan bayi lelaki yang baru lahir dari tingkat lima di sebuah apartmen di East 158th Street.

Gadis akui lahir anak di rumah

Sekadar gambar hiasan

Remaja perempuan terbabit dilaporkan pergi ke Hospital Lincoln pada 24 Oktober tahun lalu. Dalam pada itu,  dia turut mengakui telah melahirkan anak di apartmen.

Susulan daripada itu, kakitangan hospital menghubungi talian kecemasan serta pihak polis turut bergegas ke lokasi di mana gadis terbabit mendakwa dia telah melahirkan anaknya.

Pihak berkuasa yang tiba di tempat kejadian kemudiannya menggeledah kawasan berkenaan lalu menemui bayi terbabit dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah petak hiasan bunga.

Campak anak sendiri

Sekadar gambar hiasan

Apa yang mengejutkan adalah gadis berkenaan dipercayai mencampakkan bayi lelakinya itu keluar dari tingkap di tingkat lima apartmen tersebut lalu jatuh ke dalam petak hiasan bunga.

Pada April lalu, pihak polis mengesahkan bahawa kematian bayi terbabit sebenarnya disebabkan pembunuhan dan bukannya meninggal dunia ketika dilahirkan.

Walau bagaimanapun, setelah siasatan polis selesai, gadis terbabit ditahan pada Khamis lalu dan didakwa atas tuduhan membunuh anak kandungnya sendiri.

Sumber : Wion News


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/campak-bayi-baru-lahir-dari-tingkat-5-remaja-17-tahun-ditahan-polis