Cabar Minda Dengan Play Your Way Sempena Ulang Tahun ke-90 LEGO®. Ada Baucar Percuma Bernilai RM150 Juga!

Bila sebut je permainan LEGO®, mesti dah terbayang blok-blok permainan yang dicantum menjadi sesuatu bentuk.

Baru-baru ini, LEGO® baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke-90 tahun! Mesti banyak kenangan waktu kecil dengan LEGO® kan?

LEGO® menyambut ulang tahunnya dengan meraikan kreativiti peminat dan kuasa permainan kerana LEGO® Play Well Study baharu menunjukkan permainan adalah asas kepada kesejahteraan dan kebahagiaan seisi keluarga.

Bagi memastikan pengunjung menikmati faedah bermain bersama, LEGOLAND® Malaysia Resort melancarkan pengalaman LEGO® eksklusif serba baharu Play Your Way bermula 16 Jun sehingga 18 Ogos 2022 ini!

Nak tahu apa yang menariknya dengan Play Your Way di LEGOLAND® Malaysia Resort ni? Jom kami kongsikan!

Kenali Personaliti Bermain

Play Your Way bakal membawa anda untuk menerokai aktiviti dan cabaran binaan yang berbeza bagi mengetahui Play Type mana yang sesuai dengan personaliti bermain anda. 

Terdapat 5 cabaran binaan yang bakal anda tempuhi sepanjang aktiviti ini iaitu:

1. Adakah anda seorang Pereka?

Dalam cabaran ini, Pereka akan dicabar untuk mereka rumah pokok rahsia atau Ultimate Dragon

2. Adakah anda seorang Pencipta? 

Pencipta pula akan dicabar untuk membina bot terbang atau bas untuk ke bulan.

3. Adakah anda seorang Penjelajah? 

Penjelajah pula akan dicabar untuk menghasilkan singa ajaib.

4. Adakah anda seorang Pencerita?

Pencerita pula akan berdepan dengan cabaran yang lebih bersifat teater seperti membina kerajaan di dalam laut atau istana di atas langit.

5. Adakah anda seorang Pemimpi? 

Bagi Pemimpi pula, kreativiti mereka akan dijadikan idea bagi membina pelangi dan bunga, kapal angkasa dan peti harta karun.

Anda juga akan mendapat lanyard eksklusif dan lencana pop edisi terhad untuk setiap cabaran yang berjaya anda selesaikan! 

Cabaran Play Your Way ini akan dimasukkan ke dalam pas kemasukan bersama tawaran LEGOLAND® Resort Malaysia yang lain. Ianya bakal diadakan di kawasan Rebuild The World yang hanya khas bagi  kanak-kanak berusia 2-12 tahun.

BAUCAR F&B PERCUMA

Bukan tu je tau, anda juga berpeluang untuk menikmati baucar F&B percuma bernilai sehingga RM150 apabila anda membeli 4 pas Triple-Park Pass.

Selain itu, bagi anda yang terlepas roadshow yang diadakan baru-baru ini, jangan lepaskan peluang untuk menghadiri acara seterusnya pada 20 hingga 31 Julai 2022 yang bertempat di Midvalley Southkey Johor.

Peminat di selatan juga boleh mengunjungi roadshow LEGOLAND® Malaysia Resort untuk promosi ini di tingkat bawah, North Court, Midvalley Southkey Johor dari sekarang hingga 29 Jun 2022.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang LEGOLAND® Malaysia sekarang!


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/cabar-minda-dengan-play-your-way-sempena-ulang-tahun-ke-90-lego-ada-baucar-percuma-bernilai-rm150-juga