Bunyi Pam Tandas Jiran Bising, Suami & Isteri Menang Saman RM45K

![|650x466](upload://n33omDdPzmI7LZpLOk6F23Odnkq.png)

Sekadar gambar hiasan

Setelah hampir dua dekad naik turun mahkamah, akhirnya sepasang suami isterinya di Milan, Itali berjaya memenangi kes tuntutan terhadap jirannya yang didakwa mengepam tandas dengan bising.

Saman jiran sebab pam tandas bunyi bising

![|650x411](upload://hn3tSYI5WA4uMeOajapoBqTLcOQ.png)

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Mirror, pihak mahkamah mengekalkan hak tuntutan pasangan berkenaan terhadap perlindungan daripada bunyi bising pada waktu malam.

Difahamkan, kejadian terbabit berlaku pada tahun 2003 di mana empat adik-beradik yang merupakan jiran mereka itu membeli tandas baharu dengan sistem pengepam yang dikatakan agak bising.

Susulan daripada itu, pasangan berkenaan berasa tidak puas hati dan membawa perkara terbabit ke mahkamah. Pasangan suami isteri itu juga memberitahu bahawa sistem pengepam tersebut mengganggu mereka pada waktu malam kerana kedudukan katil bersebelahan dengan dinding yang menghubungkan kedua-dua rumah.

Pada mulanya hakim menolak tuntutan mereka, namun pasangan berkenaan tidak berputus asa dan memfailkan permohonan di mahkamah rayuan di Genoa.

Sistem pengepam itu memang ganggu kualiti hidup

![|650x411](upload://iOPNTksknXjLhrAUJty8bTa5biu.png)

Sekadar gambar hiasan

Walau bagaimanapun, penyiasat yang bertugas untuk memeriksa kedua-dua rumah flat berkenaan mendapati bahawa sistem pengepam tersebut memang mengganggu kualiti hidup pasangan terbabit kerana terlalu bising.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut, empat beradik itu kemudiannya mencabar keputusan berkenaan di Mahkamah Agung di Rom.

Sehubungan itu, hakim di mahkamah lebih tinggi memutuskan bahawa pasangan tersebut menang dalam tuntutan terbabit kerana bunyi bising berkenaan telah melanggar hak untuk mereka tidur dengan nyenyak.

Akhirnya, adik-beradik berkenaan perlu membayar pampasan sebanyak 9,500 euro (RM45,115,82) dan diperintahkan untuk membuang tandas tersebut.

Sumber : Mirror


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/bunyi-pam-tandas-jiran-bising-suami-isteri-menang-saman-rm45k