‘Bukan Antivaksin, Panggil Saya Prosafe’ – Rita Rudaini

![|650x400](upload://pLuzZQ4Z0hO9RdbdJ2y7xMXMecD.jpeg)

Setiap hari ada sahaja isu yang berkaitan dengan pelakon Rita Rudaini. Nama wanita yang berasal daripada negeri Perlis ini menjadi panas selepas didakwa antivaksin.

Artikel Berkaitan: Difitnah Rakan Industri, Rita Rudaini Tak Kisah Nama Digugurkan Dari Berlakon -‘Apa Yang Dengki Sangat Dengan Sistur?’

Artikel Berkaitan: Nama Rita Rudaini Sekali Lagi Digugurkan, Dedah Ada Terima ‘Offer’ Vaksin Palsu – ‘Maaf La Saya Mencari Rezeki Dengan Ikhlas’

Panggil saya ‘prosafe’

![|650x400](upload://vCjMshfvx6EmEIKsf3N1fvtgxw8.jpeg)

Terbaru, Rita, 45, memberitahu dia lebih selesa dipanggil dengan gelaran prosafe berbanding antivaksin. Pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar memohon agar orang ramai mengkaji makna terlebih dahulu sebelum menggunakan satu perkataan.

Sebelum nak gunakan sesuatu perkataan kena kaji dulu makna. Antara antivaksin dan prosafe. Korang boleh panggil saya prosafe. Saya Rita Rudaini dan saya prosafe.

Jadi pengguna yang bijak

![|650x1174](upload://dybtNv5FFPhDCo4zfWRoHu3Qe54.png)

Mengukuhkan lagi dirinya bukan antivaksin seperti yang menjadi bualan ramai, pelakon filem Mami Jarum berkata dia sendiri pernah mengambil suntikan vaksin sebelum ini malah kedua anaknya juga disuntik ketika kanak-kanak.

Kalau saya antivaksin, tak ada la saya ada cucuk vaksin dan vaksin masa kecil termasuk anak-anak. Nak guna perkataan pun biar jadi pengguna yang bijak menggunakan sesuatu perkataan untuk labelkan sesuatu biar objek dan makna selari.

Terdahulu, nama Rita pernah menjadi bualan netizen dalam Twitter apabila ada pengguna memuat naik tangkap layar Instagram Storiesnya sedang merebus bunga cengkih.

Sumber: Instagram @ritrud727


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/bukan-antivaksin-panggil-saya-prosafe-rita-rudaini