Budak 3 Tahun Ditemui Mati Atas Katil, Disyaki Ditendang Bapa Saudara Sebab Bising Pada Waktu Malam

![|650x402](upload://8qfBkfi93TnHQ5qw6p2lzNHaPVp.png)

Foto: Mirror UK

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dikenali dengan nama Aysenur K ditemui mati di atas katil selepas didakwa ditendang oleh bapa saudaranya.

Suspek berang mangsa bising

![|650x486](upload://1EzWTkko37uHHCeMC9xaPwFYfo7.jpeg)

Foto: Mirror UK

Memetik laporan Mirror UK, insiden kejam tersebut yang berlaku di Turki pada Disember tahun lalu dipercayai berpunca kerana suspek, Hizir Tunc C berang mangsa terlalu bising pada waktu malam. Oleh hal demikian, suspek bertindak agresif dengan memukul mangsa hingga kanak-kanak itu meninggal dunia.

Ibu mangsa, Kader K memaklumkan keesokan paginya, dia telah masuk ke bilik anak perempuannya untuk mengejutkannya dari tidur tetapi kanak-kanak itu langsung tidak memberikan sebarang respon.

Ibu dan bapa saudara ditahan polis

![|650x433](upload://8hXMp1RcIdwlSrUgopX5tDsUEto.jpeg)

Sekadar gambar hiasan

Tanpa berfikir panjang, wanita itu terus menghubungi pasukan kecemasan dan paramedik. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Polis kemudian menahan ibu dan bapa saudara mangsa.

Semasa soal siasat, bapa saudara mangsa mengaku telah menendang kanak-kanak itu kerana dia membuat bising pada waktu malam. Sementara nenek mangsa, Kader Tugla mendakwa cucunya itu sering menjadi mangsa penderaan.

Mereka membiarkan kanak-kanak itu kelaparan dan mengurung mangsa di dalam bilik.

Sumber: Mirror UK


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/budak-3-tahun-ditemui-mati-atas-katil-disyaki-ditendang-bapa-saudara-sebab-bising-pada-waktu-malam