Buat Yang Terbaik Pun Ada Yang Tak Suka, Bella Astillah ‘Perli’ Netizen Ke Tu?

![|650x380](upload://ubfwzfNXOAdPHiPMneIy3sv1tQQ.jpeg)

Nama Aliff Aziz sentiasa menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen selepas didakwa menjadi ‘anak emas’ sebuah stesen televisyen. Lagu-lagu tugasan yang diberikan kepada Aliff dalam program Gegar Vaganza musim ke-8  dikatakan mudah dan ‘selesa’.

Artikel Berkaitan: Bella Astillah Nafi Suami ‘Anak Emas’ GV8, Selalu Dapat Lagu Senang – ‘Kita Ikut Sahaja Adat Pertandingan’

Artikel Berkaitan: Kekal Nombor 1 Di Minggu Ke-2 Gegar Vaganza 8, Persembahan ‘Kasih Tak Sampai’ Aliff Aziz Sungguh Luar Biasa!

Artikel Berkaitan: ‘Benda Ni Tak Ganggu Dia Belajar Agama’ – Bella Astillah Beri Semangat Aliff Aziz Masuk Gegar Vaganza

‘Kita tak boleh puaskan hati orang’

![|650x433](upload://vhWCq6bBkQGDSyaQwW5ETIWrT8h.jpeg)

Foto: Instagram Bella Astillah

Menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram milik isteri Aliff, Bella Astillah meluahkan rasa syukur dan bangga dengan suaminya yang berjaya mara ke separuh akhir Gegar Vaganza musim ke-8 walaupun mendapat pelbagai komen daripada netizen.

Ujar Bella, mereka yang sentiasa mencari salah Aliff akan sentiasa melihat kesalahan suaminya walaupun dia (Aliff Aziz) telah melakukan yang terbaik. Tambahnya lagi, mereka tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang dan apa yang lebih penting adalah Aliff  untuk membuat persembahan dengan jujur dan ikhlas.

Buat yang terbaik pun ada yang tak suka apatah lagi kalau ada tersilap. Lumrah kehidupan.

Hirau, dan teruskan. Rezeki Allah s.w.t dah susun & tetapkan. Kita hanya menjalani. Yang penting setiap lagu yang awak dapat awak buat dengan ikhlas dan jujur ya.

Bella nak Aliff bawa lagu Tamil?

![|650x577](upload://gOBjPXdCeK8gGOzwwXyqlidT9mX.png)

Foto: Instagram Bella Astillah

Di penghujung hantarannya, Bella turut berharap Aliff diberikan tugasan lagu dalam bahasa Tamil, mahu pun genre Opera.

Saya harap awak dapat lagu tamil atau opera, tapi kalau awak boleh nyanyi nanti orang kata senang juga.

![Instagram Photo](upload://7XIWSp9SabEPyokLA23bgEKSxOL.jpeg)

Sumber: Instagram


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/buat-yang-terbaik-pun-ada-yang-tak-suka-bella-astillah-perli-netizen-ke-tu