Buat Lawak Persenda OKU, Geng Basikal Wanita Dikecam

![|650x308](upload://9Fo2NXnbsjJyOPqlM9BWdHo9MfY.jpeg)

Semalam, tular di media sosial di mana dua orang wanita dilihat berkelakuan seperti Orang Kurang Upaya (OKU) ketika masuk ke dalam tandas untuk golongan OKU.

Berlakon seperti mengalami kecacatan

![|650x627](upload://xeLZjU7nq7juH4IwVcus4pGNk3a.jpeg)

Menerusi video yang dimuat naik oleh j0ker896 di TikTok, memaparkan dua orang wanita yang dipercayai penunggang basikal berlakon seperti golongan OKU untuk masuk ke dalam tandas yang dikhaskan untuk golongan berkenaan.

Di dalam video itu turut kelihatan kedua-duanya bergelak ketawa dan salah seorang daripadanya berlakon seperti mengalami kecacatan.

Tandas OKU lah katakan. Makanya…

Video berdurasi 9 saat itu meraih lebih 341 ribu tontonan dan mendapat lebih empat ribu tanda suka di TikTok.

Respon netizen

![|650x823](upload://nVVc5COnnImnesHnIAvf9rbdTrt.jpeg) ![|650x823](upload://oO7rkLUSJP1shSU6p6vFatXY84y.jpeg)

Sumber : j0ker896


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/buat-lawak-persenda-oku-geng-basikal-wanita-dikecam