Bertumbuk Sebab Tak Bagi Laluan, Polis Sahkan Kes Dah Selesai Cara Baik

Foto: Malaysiavirall

Semalam, tular sebuah video yang memaparkan aksi dua lelaki sedang bertumbuk di tengah jalan raya selepas pemandu kereta menghalang dan enggan memberi laluan kepada penunggang motosikal.

Enggan beri laluan

Foto: Malaysiavirall

Rakaman video yang berdurasi 22 saat itu tular di laman media sosial memaparkan kedua-dua lelaki berkenaan sedang bertumbuk berhampiran pembahagi jalan di laluan yang sesak.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan berkata penunggang motosikal berusia 31 tahun yang bekerja sebagai juru runding di Subang Business Centre telah hadir membuat laporan pada Isnin.

Siasatan awal mendapati pada 13 Jun sekitar jam 7.15 petang berlaku pertengkaran mulut apabila suspek seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun yang menaiki kereta jenis Naza Ria enggan mengetepikan keretanya.

Keadaan itu menyebabkan motosikal mangsa dan penunggang yang lain tidak dapat meneruskan perjalanan.

Kejadian yang berlaku di Persiaran Kerjaya Glenmarie, Seksyen U1, Shah Alam itu menyebabkan berlaku pertengkaran mulut dan disusuli dengan pergaduhan, bagaimanapun ia sempat dileraikan orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Mangsa tarik balik laporan polis

Foto: Polis (IPD) Shah Alam & malaysiavirall

Menurut Mohd Iqbal, kedua-dua pihak iaitu pengadu dan suspek telah dipanggil untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun, atau denda hingga dua ribu ringgit, atau kedua-duanya.

Kedua-dua pihak telah setuju untuk selesaikan secara baik dan pengadu hanya buat Covering report sahaja.

Pengadu juga telah buat laporan polis untuk tarik balik laporan polis yang dibuat sebelum ini.

Di akhir kenyataan, pihak polis meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut.

Sumber: Polis (IPD) Shah Alam


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/bertumbuk-sebab-tak-bagi-laluan-polis-sahkan-kes-dah-selesai-cara-baik